Jemaah Menteri Setuju Tubuh Suruhanjaya Diraja Siasat Pati Sabah

Diterbitkan: Selasa, 8 Mei 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Jemaah Menteri bersetuju untuk menubuhkan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) bagi menyiasat masalah pendatang asing tanpa izin di Sabah pada 8 Februari tahun ini, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz.

Beliau berkata berikutan itu, kerajaan sudah memulakan proses bagi menyediakan terma rujukan suruhanjaya siasatan tersebut.

Bagi memastikan semua masalah berkaitan pendatang asing tanpa izin di Sabah ini dapat diselesaikan secara komprehensif, maka terma-terma rujukan suruhanjaya itu perlulah menyeluruh dan tidak hanya terhad kepada aspek siasatan, kata Mohamed Nazri pada sesi soal jawab di Dewan Negara pada Isnin.

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan Senator Datuk Paul Kong Sing Chu (BN-MCA) yang ingin tahu status terkini RCI yang menurutnya amat dinantikan di Sabah tetapi belum diumumkan sehingga kini.

Mohamed Nazri berkata RCI itu akan turut meliputi aspek keselamatan, sosial, ekonomi dan alam sekitar.

Katanya, ini bagi membolehkan suruhanjaya mengemukakan cadangan penyelesaian yang berkekalan. Dalam hubungan ini, beliau berkata kerajaan Persekutuan akan mendapatkan maklum balas dan pandangan daripada kerajaan negeri Sabah dan pihak-pihak yang berkenaan. BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan