Isu 'Bapa Kafir': PAS Ancam Saman Rahim Noor, NST

Diterbitkan: Selasa, 8 Mei 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: PAS akan menyaman bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Rahim Noor dan akhbar New Straits Times (NST) berhubung penyiaran berita yang menuduh Mursyidul Am parti itu, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat sebagai 'bapa kafir.

Sehubungan itu Ketua Penerangan PAS Pusat, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man menggesa supaya Rahim mengemukakan permohonan maaf secara terbuka serta menarik balik tuduhan yang disifatkan tidak berasas dan fitnah semata-mata.

"PAS mengecam keras kenyataan tidak beradab dan melampau itu. PAS mempertimbangkan untuk menyaman akhbar NST yang sanggup menyiarkan berita fitnah tersebut tanpa usul periksa.

"Melaporkan kenyataan Rahim Noor telah merosakkan lagi imej NST. Latar belakang dan kisah silam Rahim Noor sudah diketahui umum dan sepatutnya sebagai surat khabar yang berwibawa, penyelidikan dan semakan terhadap kata-kata beliau perlu dilakukan sebelum dipaparkan terutamanya yang berbentuk fitnah sebegini," katanya di sini, Selasa.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas mengenai kenyataan Rahim yang melabel Nik Abdul Aziz sebagai 'bapa kafir' apabila dilihat cuba mengelirukan umat Islam dengan menyatakan bahawa wajib untuk menyokong perhimpunan Bersih 3.0 pada 28 April lalu.

Selain itu Tuan Ibrahim berkata PAS Pusat melalui Lujnah Guaman akan mengambil tindakan undang undang kepada Rahim Noor dan NST dalam masa terdekat.

Mengulas lanjut Tuan Ibrahim berkata, tindakan menuduh seseorang individu sebagai kafir merupakan tuduhan paling berat dalam persoalan aqidah.

Bagaimanapun tambah beliau, semua pihak harus memahami bahawa tuduhan terhadap seseorang individu secara peribadi tidak sama dengan menuduh kumpulan.

"PAS tidak pernah membuat sebarang tuduhan kepada mana-mana individu sebagai kafir dalam mana-mana ceramah atau ucapan.

"Oleh itu, fitnah Rahim yang bersifat peribadi kepada Tuan Guru Nik Abdul Aziz sebagai seorang ulamak dan Mursyidul Am Parti merupakan tuduhan yang melampaui batas," katanya.

iklan

Video

Jumaat, 24 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Harry - Abang Lori Tenonenonet

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan