Isu Asas Nadir Bumi Perlu Didedah Kepada Pelajar - Pakar

Diterbitkan: Selasa, 8 Mei 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Perkara asas tentang nadir bumi perlu diajar di sekolah dan universiti untuk mengelak kekeliruan tentang mineral unik itu, demikian dinyatakan pada satu simposium pada Isnin.

Para pakar berkata nadir bumi tidak berbahaya jika dikendalikan dengan cara sewajarnya, walaupun ramai rakyat negara ini bimbang mineral itu boleh membahayakan kesihatan dan alam sekitar.

Pakar perlindungan radiasi Christoph Wilhem berkata manusia perlu diberi pengetahuan tentang perkara asas berkaitan bahan itu sejak di sekolah lagi.

"Orang masih menyangka radioaktif berkait rapat dengan leburan nuklear. Oleh itu, orang ramai perlu diajar tentang perkara asas berkaitan perkara ini di sekolah dan universiti kerana terdapat terlalu banyak maklumat salah mengenainya," kata beliau kepada pemberita selepas menghadiri Simposium Nadir Bumi Antarabangsa di sini.

Terdahulu, pada perbincangan panel, Wilhem, yang mengetuai Jabatan Pengurusan Keselamatan Makmal Analisis, Institut Teknologi Karlsuhr di Jerman berkata paras radiasi industri nadir bumi adalah terkawal dan tidak ada bukti kukuh bahawa mineral itu mempunyai risiko besar terhadap pekerja. "Standard kawalan radiasi dalam proses pengeluaran nadir bumi adalah terkawal dan tidak mencapai paras radiasi yang berpunca daripada loji nuklear yang menimbulkan kebimbangan orang ramai bahawa ia boleh menyebabkan kanser," katanya.

Sementara itu, profesor dari Peking University, China, Dr Yan Chun-Hua berkata negara itu telah membina loji nadir bumi sejak tiga dekad lepas dan usaha ini meningkatkan pendapatan rakyatnya.

Bagaimanapun, pengarah State Key Lab of Rare Earth Materials Chemistry and Application universiti itu berkata pengurusan prakawalan terhadap sisa nadir bumi perlu diwujudkan untuk memastikannya tidak menjejaskan manusia dan alam sekitar.

Sementara itu, pakar nadir bumi dari Kanada Alastair S. Neill berkata pembinaan loji nadir bumi perlu melibatkan perbincangan secara lebih terbuka dan telus antara kerajaan dan orang ramai.

"Amalkan sikap dengan lebih terbuka, tingkatkan komunikasi dan berbincanglah dengan penduduk tempatan dan negara secara menyeluruh," katanya apabila diminta mengulas tentang loji Lynas Advanced Materials di Gebeng, Kuantan.

Simposium itu, yang bertujuan menyebarkan maklumat tepat tentang pemprosesan dan penapisan serta peluang perniagaan hiliran nadir bumi, dihadiri pelbagai pihak, termasuk anggota parlimen dan anggota dewan undangan negeri, ahli akademik dan pemimpin perniagaan. -BERNAMA

iklan

Video

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Kolumnis

iklan

Iklan