Irene Fernandez Dibidas Kerana Kecam Negara

Diterbitkan: Selasa, 8 Mei 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Ketika ramai rakyat Malaysia menantikan pembantu rumah warga Indonesia tiba ke negara ini, Pengarah Eksekutif Tenaganita, Irene Fernandez sebaliknya menasihatkan agar Jakarta tidak menghantar pekerja mereka bagi mana-mana kategori ke negara ini.

Kenyataan beliau kepada Jakarta Post pada Isnin bahawa Malaysia tidak selamat kepada pekerja asing mengundang kecaman pelbagai pihak.

Timbalan Menteri Sumber Manusia, Datuk Maznah Mazlan membidas Fernandez kerana disifatkan sebagai tidak beretika, tidak tepat serta tidak patriotik.

"Walaupun kita tidak mempunyai undang-undang khusus untuk pekerja asing, namun Malaysia mempunyai undang-undang yang mencukupi untuk melindungi semua pekerja, termasuk pekerja asing.

"Jika pekerja asing mempunyai masalah atau dizalimi, mereka boleh membuat laporan dengan Jabatan Tenaga Kerja atau pergi terus ke kedutaan masing-masing atau pihak polis. Ada ruang bagi mereka untuk mendapatkan pembelaan," katanya.

Tambah beliau, sebagai ahli Pertubuhan Buruh Antarabangsa, Malaysia komited untuk memastikan tiada diskriminasi terhadap pekerja di negara ini, termasuk pekerja asing.

Fernandez menerusi temu bual dengan Jakarta Post yang dipetik sebagai berkata menyatakan Malaysia tidak mempunyai sebarang rangka kerja undang-undang bagi melindungi pekerja asing.

Malah beliau turut mendakwa bahawa kerajaan mendiskriminasi pekerja bagi kumpulan pembantu rumah kerana mengabaikan golongan berkenaan menerusi dasar gaji minimun yang diumumkan baru-baru ini.

Bagaimanapun Maznah menjelaskan bahawa pembantu rumah tidak termasuk dalam dasar berkenaan kerana mereka bekerja di dalam 'sektor tidak rasmi' dan penginapan, makanan, pakaian dan lain-lain keperluan asas ditanggung oleh majikan.

Presiden Persatuan Majikan Amah Malaysia (Mama), Engku Ahmad Fauzi Engku Muhsein berkata kenyataan Fernandez adalah tidak tepat.

"Beberapa kes penderaan tidak menggambarkan keseluruhan sikap majikan, beribu-ribu orang yang melayan pembantu rumah mereka dengan baik. Kami mempunyai kes pembantu rumah yang mendapat ijazah atau diploma dengan bantuan majikan mereka," katanya.

Katanya lagi adalah tidak adil untuk mengatakan bahawa pekerja Indonesia ditipu kerana perjanjian pembantu rumah antara Indonesia dan Malaysia memberi memberi banyak faedah kepada kedua-dua pihak.

"Kami mempunyai dasar yang jelas. Gaji pembantu rumah perlu dibayar kepada bank dan majikan perlu membuka akaun. Pembantu rumah itu memegang pasport dan dia mesti diberi perlindungan insurans dan kesihatan.

"MoU ini adalah lebih baik daripada apa-apa perjanjian dengan negara-negara lain. Malah, ada gaji minima sebanyak RM700, "katanya.

iklan

Video

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Kolumnis

iklan

Iklan