Terima Aduan Dengan Positif - KP Biro Pengaduan Awam - Berita Semasa | mStar

Terima Aduan Dengan Positif - KP Biro Pengaduan Awam

Diterbitkan: Isnin, 7 Mei 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Agensi kerajaan tidak harus berasa tersinggung atau memandang serong aduan yang diterima mereka, kata Ketua Pengarah Biro Pengaduan Awam Datuk Dr Tam Weng Wah.

Menurutnya, aduan yang diterima perlu dilihat sebagai 'hadiah' yang cukup berharga kerana ia membolehkan segala kelemahan dalam perkhidmatan dikenal pasti. "Nasihat saya kepada agensi-agensi kerajaan ialah untuk menganggap segala yang diterima sebagai sumber inovasi. Ini penting kerana melalui aduan-aduan itulah proses penambahbaikan boleh dilaksanakan," katanya ketika ditemu bual dalam program 'Dalam Radar' terbitan Bernama Radio24, baru-baru ini.

Tam menarik perhatian bahawa ia boleh menjurus kepada peningkatan kualiti perkhidmatan sesebuah agensi kerajaan.

Dalam pada itu, beliau berkata jabatan dan agensi di bawah Kementerian Dalam Negeri (KDN) merupakan antara yang paling banyak menerima aduan daripada orang ramai.

Beliau menjelaskan bahawa ini kerana organisasi di bawah payung KDN seperti Polis Diraja Malaysia dan Jabatan Pendaftaran Negara sememangnya banyak berinteraksi dengan orang awam. -BERNAMA

   

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan