Rumah, Surau Di Mergong Rosak Dilanda Ribut

Diterbitkan: Isnin, 7 Mei 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

ALOR SETAR: Dua puluh buah rumah dan sebuah surau di Taman Wira, Mergong, dekat sini rosak kerana bahagian bumbung diterbangkan angin ribut awal pagi Isnin.

Seorang penduduk, Mahmudahbee Shamsudin, 56, berkata dia dan suami, Ibrahim Yusof terbangun daripada tidur pukul 1.30 pagi apabila terdengar bunyi bising di luar rumah kemudian bumbung rumah mereka di bahagian ruang tamu dan bilik solat diterbangkan angin kencang.

"Ruang dalam rumah ditimpa air hujan menyebabkan perabot dan beberapa peralatan eletrik basah serta rosak. Ini kejadian pertama berlaku di kawasan perumahan ini sejak lebih 30 tahun lalu," katanya ketika ditemui pada Isnin.

Mahmudahbee menanggung kerugian disebabkan semua perlatan rosak tidak sempat dialihkan dan ribut terjadi cepat sangat.

Mangsa berkata mereka terpaksa melakukan baik pulih rumah dengan segera memandangkan keadaan cuaca yang tidak menentu.

Seorang lagi penduduk, Saadah Sudin, 60, yang tinggal berseorangan dalam rumah berkata dia dalam ketakutan sehingga ribut dan hujan berhenti serta tidak mampu memindahkan barang-barang dalam rumahnya seorang diri.

Pengerusi Badan Perhubungan Umno Negeri Kedah, Datuk Ahmad Bashah Md Hanipah yang melawat mangsa, berkata pihaknya telah meminta kontraktor membaiki bumbung rumah yang rosak.

Beliau yang juga Anggota Dewan Undangan Negeri Bakar Bata, berkata kira-kira RM25,000 akan disalurkan kerajaan persekutuan kepada mangsa untuk membaiki rumah mereka. -BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 26 September 2017 10:30 AM

Bakat Namron Ditidakkan?

Selasa, 26 September 2017 7:16 AM

Inilah Fesyen Artis Sempena FFM29

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Kolumnis

iklan

Iklan