Pemuda BN Pasir Gudang Anjur Karnival Kerjaya Pemuda BN Ahad Ini

Diterbitkan: Isnin, 7 Mei 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Pemuda Barisan Nasional (BN) Parlimen Pasir Gudang akan menganjurkan Karnival Kerjaya Pemuda BN 2012, di Stadium Perbandaran Pasir Gudang, Ahad ini.

Karnival ini diadakan bagi memberikan peluang kepada anak-anak muda sekitar Parlimen Pasir Gudang mengenai peluang-peluang pekerjaan serta kepelbagaian bidang kerjaya yang terdapat di kawasan industri Pasir Gudang.

Menurut Sekretariat Jawatankuasa Induk Karnival Kerjaya Pemuda BN Pasir Gudang, pihaknya telah berjaya mendapatkan penyertaan daripada 56 syarikat dan industri terdiri daripada pelbagai sektor dan latar belakang untuk menyertai karnival kerjaya pada kali ini.

"Setakat hari ini, jumlah peluang pekerjaan yang ditawarkan pad hari berkenaan adalah 7,605 pekerjaan. Pihak penganjur menjangkakan jumlah peluang pekerjaan yang ditawarkan ini akan bertambah jika sambutan daripada orang ramai betul-betul menggalakkan.

"Ini merupakan kali pertama Pemuda BN Pasir Gudang menganjurkan karnival kerjaya seperti ini. Sehubungan itu kami menyeru anak-anak mudasemua kaum, tidak kira lelaki atau perempuan supaya hadir beramai-ramai ke Stadium Perbandaran Pasir Gudang, Ahad ini bermula pukul 9 pagi hingga 6 petang," menurut Sekteriat Jawatankuasa Induk Karnival Kerjaya Pemuda BN Pasir Gudang dalam satu kenyataan pada Isnin.

Bukan itu sahaja, mereka yang berminat digalakkan untuk membawa resume terbaru, gambar serta berpakaian sopan kerana kebanyakan syarikat yang menyertai karnival ini turut menawarkan peluang kerja secara terus melalui temuduga terbuka yang diadakan sepanjang satu hari karnival tersebut berlangsung.

Karnival ini turut mendapat kerjasama daripada Jobs Malaysia Centre (JMC) Iskandar Malaysia.

Antara syarikat yang akan menyertai karnival tersebut adalah, Pusat GiatMara Prima Pasir Gudang, Hospital Pakar KPJ Johor, Ayamazz Sdn. Bhd, Panasonic (AVC) Sdn. Bhd, Johor Land Berhad, KFC Holdings (Malaysia) Berhad, Johor Corporation Berhad, Kumpulan Perubatan Penawar Sdn. Bhd.

Turut serta, KFCH International College, Tanjung Langsat Port Sdn. Bhd., Seri Alam Properties Sdn. Bhd, 7 Eleven Sdn Bhd, PETRONAS, SP Setia Bhd, White Horse Ceramic Industries sdn Bhd, Sibu Island Resort, Prudential BSN Takaful Berhad, Public Mutual Berhad (Johor Bahru) dan Jobs Malaysia Centre Iskandar Malaysia.

iklan

Video

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Khamis, 14 September 2017 9:00 AM

Faye Kusairi Menangis Tonton Diri Sendiri

Kolumnis

iklan

Iklan