PAS Hormat Keputusan Majlis Fatwa, Tegas Pendirian Bersih 3.0 Berniat Baik

Diterbitkan: Isnin, 7 Mei 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: PAS bertegas Bersih 3.0 dibuat dengan niat dan matlamat yang baik walaupun Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan, pada Ahad, memutuskan penglibatan individu dalam Bersih 3.0 sebagai haram.

Naib Presiden PAS Datuk Mahfuz Omar berkata, PAS bagaimanapun menghormati keputusan panel jawatankuasa yang dipengerusikan Profesor Emeritus Tan Sri Dr. Abdul Shukor itu.

Menurut Mahfuz sejak perhimpunan Bersih kali pertama sehinggalah Bersih 3.0, ketiga-tiganya mempunyai matlamat sama dan mengajak ke arah kebaikan iaitu menuntut pilihan raya yang bersih dan adil.

"Dari awal kita pergi dengan niat baik nak tuntut pilihan raya bersih dan adil.

"Kalau kita niat tak baik kita bawa senjata tapi kita hanya berbekalkan garam dan air mineral sahaja," katanya pada satu sidang media dekat sini, Isnin.

Katanya, Bersih 3.0 perlu dinilai secara keseluruhan termasuklah tujuan dan faktor kesanggupan rakyat untuk keluar berhimpun beramai-ramai di ibu kota.

"Bagaimanapun kita hormati keputusan Majlis Fatwa, sebab itu hak mereka (buat keputusan)," katanya.

Dalam pada itu Mahfuz turut menafikan Bersih 3.0 berniat untuk menggulingkan kerajaan.

Katanya, perkara ini dapat dilihat menerusi tujuan dan matlamat perhimpunan diadakan.

Jelasnya, masih terdapat beberapa isu berkaitan pilihan raya masih diragui oleh rakyat dan boleh diperbaiki.

Justeru, beliau berharap agar kerajaan kembali fokus dan melihat persoalan pokok iaitu mengadakan pilihan raya yang adil dan bersih di negara ini.

"Kita bukan nak menang percuma, tapi cuma mahu melalui pilihan raya yang bersih dan adil. Saya minta kerajaan kembali melihat persoalan pokok perhimpunan diadakan," jelasnya.

Bersih 3.0 diputuskan sebagai haram selepas jawatankuasa memandang serius isu ini di mana sebahagian umat Islam telah bertindak sebagai perusuh jalanan dalam banyak perhimpunan atau demonstrasi termasuk seperti yang berlaku pada perhimpunan di ibu negara 28 April lepas.

Sehubungan itu, umat Islam yang menyertai demonstrasi itu perlu insaf kerana tindakan itu bukan daripada ajaran Islam kerana Islam tidak pernah menyuruh umatnya bertindak sedemikian sehingga mengancam nyawa sesama manusia demi mencapai sesuatu agenda.

iklan

Video

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Kolumnis

iklan

Iklan