Panel Penasihat Bebas Tidak Pilih Bulu - Hishammuddin

Diterbitkan: Isnin, 7 Mei 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

ALOR GAJAH: Panel Penasihat Bebas yang bakal ditubuhkan bagi menyiasat insiden pada perhimpunan 28 April lepas dijamin bertindak secara adil dan tidak berat sebelah.

Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata panel tersebut akan melihat secara menyeluruh semua aspek termasuk dakwaan pembangkang kononnya wujud ejen provokasi pada perhimpunan tersebut.

"Kalau prejudis, cakap pun memang prejudis, sebab itu kita wujudkan Panel Penasihat Bebas ini untuk melihat secara menyeluruh, tidak pilih bulu, lihat apa yang berlaku ada ejen provokasi atau tidak," katanya kepada pemberita selepas menghadiri majlis pelancaran konvoi bermotosikal sempena ulang tahun Umno ke-66 di Masjid Tanah di sini, Ahad.

Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Mohd Ali Rustam melancarkan konvoi tersebut yang akan menuju ke beberapa negeri dan berakhir di Stadium Bukit Jalil pada 11 Mei depan bertujuan menyemarakkan lagi semangat anggota Umno sempena ulang tahun parti itu.

Hishammuddin berkata panel tersebut sememangnya bertujuan mendedahkan perkara sebenar yang berlaku pada perhimpunan itu kepada orang ramai.

Dalam pada itu, beliau meminta peserta perhimpunan yang disiarkan gambar mereka oleh pihak polis agar tampil bagi membantu siasatan.

Bagaimanapun katanya sekiranya peserta terbabit gagal tampil, pihak polis akan mengesan mereka ke seluruh negara.

"Saya difahamkan gambar-gambar sudah diedar kepada ketua polis di setiap daerah, jadi saya percaya tanpa mereka tampil ke hadapan, kita akan terus jalankan tugas dan akhirnya apa yang kita siasat akan dipanjangkan kepada Peguam Negara untuk pendakwaan," katanya.

Sementara itu, Hishammuddin berkata konvoi bermotosikal berkenaan merupakan salah satu aktiviti yang tidak melanggar undang-undang dalam menyampaikan mesej kepada umum.

"Kita berhimpun bukan untuk bermusuh, kita bergerak bukan untuk merusuh tetapi untuk memastikan perpaduan, kesatuan yang tidak menjurus kepada undang-undang jalanan," katanya. BERNAMA

iklan

Video

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Khamis, 14 September 2017 9:00 AM

Faye Kusairi Menangis Tonton Diri Sendiri

Kolumnis

iklan

Iklan