Mubarak Bantu BN Pada PRU, Tumpu Kawasan Menang & Kalah Tipis

Diterbitkan: Isnin, 7 Mei 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

ALOR SETAR: Majlis Bekas Wakil Rakyat Malaysia (Mubarak) akan membantu Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya umum akan datang dengan penumpuan di kawasan BN menang atau kalah tipis pada pilihan raya umum lepas.

Pengerusi Mubarak Datuk Seri Abdul Aziz Rahman berkata pihaknya akan bekerjasama dengan parti-parti komponen BN bagi menentukan kawasan tumpuan mereka.

"Kedah dah beri ruang kepada kita dan beberapa negeri lain. Negeri Selangor yang mana Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak sendiri Pengerusi Badan Perhubungan Umno Negeri telah beri kita 11 kawasan," katanya kepada pemberita selepas perasmian Perhimpunan Agung Mubarak kesembilan, di sini Isnin.

Majlis perasmian itu disempurnakan oleh Pengerusi Badan Perhubungan Umno Negeri Kedah Datuk Ahmad Bashah Md Hanipah.

Abdul Aziz berkata pihaknya akan cuba menarik sokongan pengundi atas pagar dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang tiada kaitan dengan politik untuk menyokong BN.

"Kita baru sahaja rancang kegiatan-kegiatan kita untuk seluruh negara. Semua inisiatif kita, kita dah maklumkan kepada Perdana Menteri. Kita dah beri senarai kerja yang kita nak lakukan," katanya.

Sementara itu, beliau berkata pihaknya telah menyediakan senarai beberapa anggota Mubarak yang diyakini boleh menjadi calon boleh menang bagi BN pada pilihan umum akan datang.

"Perdana Menteri ada sebut tentang 'recycle candidate' (calon kitar semula) yang mana usia tidak diambil kira. Kita rasakan ada ahli kita ada potensi untuk dicalonkan. Kita akan calonkan terus kepada Perdana Menteri.

"Terpulang kepada beliau. Kita dah siap senarai...lebih 10 orang dan belum muktamadkan lagi untuk hantar kepada Perdana Menteri," katanya.

Dalam perkembangan lain, Abdul Aziz berkata Mubarak akan mengambil tindakan terhadap dua anggotanya yang melanggar peraturan majlis itu.

"Seorang adalah anggota MCA Melaka kerana menyertai perhimpunan haram di Melaka. Laporan telah dibawa ke majlis tertinggi untuk dinilai dan kita beri surat tunjuk sebab kenapa dia tidak boleh digantung. Seorang lagi adalah Tan Sri Kadir Sheikh Fadzir (bekas Menteri Penerangan) yang keluar parti (Umno). Kita sedang teliti peraturan Mubarak," katanya.

Beliau berkata persidangan kali ini mengemukakan dua usul iaitu pencen bekas wakil rakyat dan isu keselamatan negara.

"Usul pertama, memandangkan kos hidup telah meningkat, kami berharap kerajaan akan mengkaji semula pencen yang diterima bekas wakil rakyat. Pencen bekas wakil rakyat ini tertakluk kepada Parlimen dan Dewan Undangan Negeri.

"Usul kedua, dalam keadaan sekarang kebebasan yang ada perlu ada tanggungjawab. Ini bila ada Bersih, ia tidak membersihkan negara. Ia mencemarkan imej negara dan orang berniaga kesannya teruk pada perniagaan," kata Abdul Aziz. - BERNAMA

iklan

Video

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Khamis, 14 September 2017 9:00 AM

Faye Kusairi Menangis Tonton Diri Sendiri

Kolumnis

iklan

Iklan