Kerajaan Negeri Diminta Beri Penjelasan Mengenai Pemberian Permit Kuari

Diterbitkan: Isnin, 7 Mei 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

GEORGE TOWN: MCA pada Isnin meminta kerajaan negeri memberi penjelasan mengenai pemberian permit projek kuari kepada beberapa buah syarikat dan projek pembangunan lereng bukit di Seberang Perai Selatan (SPS) sejak tahun 2008.

Ketua Wanitanya Tan Cheng Liang berkata kerajaan terdahulu telah mengeluarkan tiga permit bagi beberapa projek kuari di kawasan berkenaan dan jumlah pemberian permit itu dikatakan telah bertambah lagi sejak pakatan pembangkang memerintah Pulau Pinang.

"Kami dapati sebanyak empat permit tambahan dikeluarkan untuk projek kuari dan pembangunan lereng bukit sejak empat tahun lalu.

"Penjelasan perlu diberi kerana misi kerajaan negeri DAP adalah 'Bersih, Hijau dan Selamat' maka berapa banyak kuari dan pembangunan lereng bukit yang beroperasi sebenarnya dalam daerah SPS," katanya kepada pemberita di sini Isnin.

Beliau berkata pembangunan di lereng bukit adalah punca kejadian tanah runtuh di beberapa kawasan.

Tan mendakwa lebih 300 buah lori daripada syarikat kuari selalu berulang alik di beberapa jalan utama sekitar SPS dan perkembangan itu mengancam keselamatan orang ramai.

"Laluan lori mengangkut tanah dari kuari yang disediakan pihak berkuasa tempatan melalui kawasan sekolah dan taman perumahan. Dalam tempoh dua tahun, tiga kemalangan melibatkan pengguna jalan raya dengan lori dari kuari telah berlaku. Kerajaan negeri perlu bertanggungjawab," katanya.

Beliau berkata aktiviti penggondolan bukit semakin berleluasa sejak pakatan pembangkang mengambil alih kerajaan negeri dan kerajaan negeri harus mengkaji semula beberapa projek kuari yang mengancam ekosistem hutan terutamanya di kawasan Bukit Tambun, Nibong Tebal dan Tasek. - BERNAMA

iklan

Video

Isnin, 21 Ogos 2017 12:59 PM

Hafiz Tak Mengaku Saya Isteri - Joy Revfa

Isnin, 21 Ogos 2017 9:00 AM

#BiziBody: Syafiq Kyle Pentingkan Penampilan

Jumaat, 18 Ogos 2017 12:33 PM

Temui Cincin Pada Lobak Selepas 13 Tahun Hilang

Jumaat, 18 Ogos 2017 12:00 PM

Jantina Belum Tahu Lagi! - Ezzaty Abdullah

Jumaat, 18 Ogos 2017 8:00 AM

#akuStar: Slash - Melodi Kasih

Khamis, 17 Ogos 2017 3:02 PM

Seksi? Urusan Saya Dengan Tuhan - Zizi Kirana

Khamis, 17 Ogos 2017 12:30 PM

Erma Reda, Jatuh Talak Satu

Khamis, 17 Ogos 2017 9:00 AM

Wak Doyok Kini Bintang Filem

Rabu, 16 Ogos 2017 3:59 PM

Bahaya Tu Abang Oii...

Kolumnis

iklan

Iklan