Karnival Umno Sempena Hari Umno ke-66 Bermula 11 hingga 13 Mei Ini

Diterbitkan: Isnin, 7 Mei 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Sempena sambutan ulang tahun Umno ke-66 parti itu telah menyusun pelbagai aktiviti dan acara bermula 1 Mei lepas hingga 13 Mei ini.

Dengan tema ‘Umno Pembela Rakyat’, acara dimulakan dengan Larian Bendera Umno bermula 1 Mei hingga 13 Mei ini. Ia dibahagikan kepada empat zon iaitu Zon Utara, Pantai Timur, Selatan dan Sabah.

Larian ini akan bermula dari 4 penjuru iaitu Perlis, Kelantan, Johor serta Sabah dan berakhir di Stadium Nasional Bukit Jalil pada 11 Mei ini.

Majlis sambutan penyerahan bendera antara negeri-negeri akan diadakan di setiap sempadan Negeri.

Larian bendera ini akan turut mengumpul sejuta tandatangan di atas kain rentang di sepanjang perjalanan untuk dibawa ke Stadium Bukit Jalil sebagai tanda sokongan. dalam Kempen 1 juta tandatangan.

Pada 4 Mei pula acara Konvoi Bermotosikal akan diadakan dan akan berakhir pada 11 Mei ini.

Naib Presiden Umno, Datuk Seri Ahmad Zahis Hamidi akan mengetuai konvoi ini bersama-sama dengan Setiausaha Kerja Umno, Datuk Ab. Rauf Yusoh

Konvoi bermotosikal akan melalui empat buah negeri dan majlis sambutan akan diadakan serentak dengan acara sambutan larian bendera.

Seterusnya, majlis tahlil sempena Hari Umno ke-66 akan diadakan pada 10 Mei ini di Surau Ar-Rahman, Aras 3, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) bermula pukul 7 malam.

Majlis akan dimulakan dengan solat berjemaah, baca yassin dan tahlil serta diikuti dengan majlis makan malam di Dewa Tun Razak 3, PWTC.

Kemuncaknya, Karnival Umno akan diadakan bermula 11 hingga 13 Mei ini, di Stadium Bukit Jalil.

Pelbagai acara serta aktiviti diadakan sepanjang tiga hari karnival tersebut berlangsung antaranya tapak ekspo jualan, persembahan animasi dan teknologi penjualan produk halal, aktiviti rekreasi dan sukan ekstrem seperti paintball, rock climbing, G-force, skate boarding, dan street soccer.

Turut diadakan adalah ekspo pekerjaan, Bn Youth Job Fair bagi memberi peluang kepada pengunjung untuk mencari pekerjaan.

Bukan itu sahaja, bagi menyerikan majlis persembahan artis-artis terkemuka seperti Faizal Tahir, Altimet, Joe Flizzow, Wakaka Crew, Floor Fever, Mizz Nina, Hunny Madu, Ila Damiaa, Dayang Nurfaizah, K-Pop (MBLAQ) turut diadakan sepanjang tiga hari karnival berlangsung.

Kemuncak acara adalah pada malam majlis sambutan Hari Umno Gelombang Merah pada 11 Mei di Stadium Bukit Jalil. Majlis akan dimulakan dengan upcara penyerahan bendera Umno diiringi konvoi bermotosikal.

Ucapan Timbalan Presiden Umno, Tan Sri Muhyiddin Yassin, ucapan Presiden Umno, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak, penyampaian Anugerah Tokoh Melayu Terbilan dan diakhiri dengan upacara memotong pulut kuning.

iklan

Video

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 10:55 PM

Abam Bocey Malu Manja Dengan Isteri Depan Kamera

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Jumaat, 8 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Awi Rafael - Kau Di Hatiku

Khamis, 7 Disember 2017 8:00 PM

Nadzmi Adhwa Dikurung Selepas Kantoi Dadah

Kolumnis

iklan

Iklan