Jangan Ganggu Ibu Saya - Azmin

Diterbitkan: Isnin, 7 Mei 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Mohamed Azmin Ali menegaskan beliau tetap akan meneruskan perjuangannya bersama parti itu serta enggan tunduk kepada tekanan fitnah musuh politiknya.

Bagaimanapun beliau berharap semua pihak termasuk media agar tidak mengganggu ibunya, Che Tom Yahaya, 78, semata-mata mahu menjatuhkan karier politiknya.

"Saya menyeru kepada media supaya tidak menganggu ibu saya dan Umno janganlah mengheret ibu saya ke dalam kancah politik yang kotor dan jijik.

"Institusi keluarga termasuk hubungan kekeluargaan perlu disejahterakan dan bukannya diaibkan di dada media," katanya menerusi nota khas di sini, awal pagi Isnin.

Pada Ahad media melaporkan Che Tom meluahkan rasa kecewa dengan sikap anak keempatnya itu yang sudah sembilan bulan tidak menjenguknya.

Malah ibunya itu turut menyeru agar Mohamed Azmin bertaubat dan kembali ke pangkuan keluarga serta meninggalkan parti yang disertainya kini.

Selain itu menerusi nota khas enam perenggan tersebut, Mohamed Azmin berkata beliau tidak pernah menderhaka kepada ibunya seperti yang diperkatakan banyak pihak.

"Saya tidak pernah menderhaka kepada ibu saya. Saya sentiasa kasih dan sayang kepada ibu dan bapa saya.

"Saya tetap mendoakan semoga ibu saya sentiasa berada dalam lindungan Allah dan mendapat rahmatNya serta beroleh kesihatan yang baik. Saya turut mendoakan semoga roh Allahyarham ayah saya ditempatkan di syurga yang penuh nikmat.

"Saya tetap sayang dan hormat ibu saya. Saya juga bersyukur dianugerahkan isteri, Shida (Shamsidar Taharin) yang taat dan setia serta anak-anak yang memahami perjuangan yang murni ini," katanya.

iklan

Video

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Selasa, 14 November 2017 9:00 AM

“Penat..Tapi Best!” - Nad Zainal

Kolumnis

iklan

Iklan