Istilah Bersih Pada Himpunan 28 April Satu Penamaan Yang Salah

Diterbitkan: Isnin, 7 Mei 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Memanggil perhimpunan haram yang disokong pakatan pembangkang pada 28 April lepas di Dataran Merdeka sebagai 'Bersih' adalah satu penamaan yang salah, kata beberapa anggota Dewan Negara. Senator Datuk Dr Firdaus Abdullah berkata apa yang dilakukan demonstran yang digelarnya sebagai 'perusuh 28 April' adalah satu penodaan, penistaan dan pencemaran terhadap istilah bersih kerana perbuatan itu jauh daripada makna dan niat sebenar amalan bersih.

"Peristiwa itu disebut oleh kita, media massa dan kerajaan sebagai Bersih 3.0 di mana pada saya itu adalah penamaan yang salah sama sekali.

"Sepatutnya kita panggil peristiwa itu sebagai peristiwa rusuhan 28 April atau jika ingin lebih tegas lagi boleh dipanggil gerombolan perusuh 28 April 2012," katanya ketika membahaskan Rang Undang-Undang Perbekalan Tambahan (2011) 2012 di Dewan Negara di sini, Isnin.

Bekas Ketua Pengarah Dewan Bahasa dan Pustaka itu berkata gelaran perusuh 28 April lebih sesuai diberikan kepada kumpulan berkenaan memandangkan niat disebalik perhimpunan itu bukannya untuk memperbaiki proses pilihan raya sebaliknya ingin merampas kuasa secara haram dengan meniru beberapa peristiwa yang berlaku di luar negara.

Firdaus berkata ekoran niat dan amalan yang tidak bersih itu perhimpunan tersebut telah mendatangkan penyeksaan dan kesulitan kepada rakyat, khasnya terhadap pemilik kedai, pengusaha kenderaan sewa, hotel dan teksi yang beroperasi di sekitar Dataran Merdeka.

Menurutnya tindakan itu bukan sahaja merugikan golongan berkenaan malah kerajaan juga terpaksa menyediakan belanja tambahan untuk operasi mengawal kelakuan liar peserta perhimpunan.

"Ini adalah satu perbuatan yang jauh daripada bersih. Oleh kerana itu sekali lagi saya katakan apa yang mereka lakukan sebenarnya ialah menodai, menistai dan mencemarkan istilah perkataan bersih dan oleh itu marilah kita panggil mereka sebagai perusuh 28 April," katanya.

Bagi senator Datuk Abdul Rahman Bakar, kerajaan sepatutnya lebih tegas terhadap kumpulan perusuh itu daripada hanya sekadar memberikan amaran untuk diambil tindakan.

Beliau berkata Kementerian Dalam Negeri kini perlu lebih tegas dalam menangani isu itu, apatah lagi telah kedengaran yang perhimpunan tersebut mungkin diadakan sekali lagi. "Bagi saya Datuk Seri Anwar Ibrahim, Ambiga termasuk mereka yang merusuh perlu diheret ke muka pengadilan. Negara kita ada perlembagaan dan undang-undang dan jika ingin merampas kuasa boleh tetapi tunggulah sehingga pilihan raya melalui proses demokrasi, bukannya anarki," katanya.

Senator Datuk Syed Ibrahim Kader pula meminta kerajaan tampil lebih agresif menerangkan kepada rakyat berkenaan isu yang diperjuangkan kumpulan terdesak itu supaya rakyat tidak terkeliru dengan mainan politik pihak yang cuba mengambil kesempatan.

Senator Dayang Madirah Tun Abang Haji Openg pula mahu supaya gerakan perhimpunan itu tidak dibawa ke Sarawak kerana telah ternyata cubaan untuk mengadakan himpunan bersekali dengan Kuala Lumpur pada tarikh sama di Kuching gagal mendapat sokongan penduduk.

"Malah pada masa yang sama Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak juga hadir menjayakan program Jelajah Janji Ditepati yang dihadiri puluhan ribu rakyat, bukti sokongan penduduk Sarawak terhadap kerajaan dan Perdana Menteri," katanya. -BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Kolumnis

iklan

Iklan