Gagal Jelaskan Tunggakan KWSP: 422 Pengarah Syarikat Dihalang Tinggalkan Negara

Diterbitkan: Isnin, 7 Mei 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) mengemukakan nama 422 pengarah syarikat kepada Jabatan Imigresen bagi tempoh Januari-Mac 2012 untuk menghalang mereka daripada meninggalkan negara sebelum menjelaskan tunggakan caruman KWSP pekerja masing-masing.

Pengurus Besar Perhubungan Awam KWSP Nik Affendi Jaafar berkata ia membuktikan keazaman KWSP dalam melindungi simpanan persaraan pencarumnya.

"KWSP mengambil tindakan tegas termasuk tindakan levi dan sivil terhadap majikan dan pengarah syarikat yang gagal menunaikan tanggungjawab KWSP mereka," katanya dalam satu kenyataan pada Isnin.

Bagi tempoh sama, 160 majikan yang tidak mencarum didenda RM155,400 oleh mahkamah mengikut Seksyen 43(2) Akta KWSP 1991.

Kenyataan itu berkata 255 saman sivil dan 892 kes jenayah difailkan di mahkamah terhadap majikan yang tidak membayar caruman bulanan KWSP pekerja mereka.

"Pencarum perlu memainkan peranan dengan kerap menyemak akaun KWSP mereka dan memastikan majikan membayar caruman pada masa yang ditetapkan," kata Nik Affendi. -BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 24 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Harry - Abang Lori Tenonenonet

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan