ADUN BN Keluar Dewan Protes Kenyataan Guan Eng

Diterbitkan: Isnin, 7 Mei 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

GEORGE TOWN: Kesemua 10 Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) dari Barisan Nasional (BN) pada Isnin bertindak keluar dari Dewan Undangan Negeri beramai-ramai sebagai membantah kenyataan Ketua Menteri Lim Guan Eng yang disifatkan menghasut dan berbaur perkauman.

Lim telah mengeluarkan kenyataan: "Sekiranya Umno kembali berkuasa, saya rasa semua kuil Hindu terancam" ketika mencelah perbahasan oleh seorang penyokong kerajaan Tanasekharan Audherapady (DAP-Bagan Dalam).

Terdahulu, Tanasekharan sedang menyampaikan ucapan perbahasan usul ucapan terima kasih sempena perasmian Dewan Undangan Negeri oleh Yang Dipertua Negeri Tun Abdul Rahman Abbas bagi Majlis Perasmian Mesyuarat Pertama, Penggal Kelima Dewan Undangan Negeri Ke-12 di sini Isnin.

Dalam ucapannya beliau mendakwa kaum minoriti sering dipinggirkan semasa B Nmemegang tampuk pemerintahan kerajaan.

Lim kemudiannya mencelah dan membuat kenyataan yang berunsur hasutan dan perkauman itu yang menyebabkan Ketua Pembangkang Datuk Azhar Ibrahim (BN-Penaga) membantah dan meminta Lim menarik balik serta meminta maaf kerana kenyataan itu berniat jahat.

Azhar menggesa Lim menarik balik kenyataannya kerana ia menyalahi Peraturan 46.17 (C) yang berbunyi: "Perkataan-perkataan yang harus atau akan menimbulkan niat jahat dan perasaan bermusuh-musuh di antara kaum-kaum yang berasingan di Negara Persekutuan."

Lim berdegil dan enggan menarik balik kenyataannya yang menyebabkan Azhar mengajak semua kesepuluh Adun BN keluar meninggalkan DUN sebagi membantah kenyataan ketua menteri itu.

BN mempunyai 11 wakil rakyat di DUN dan seorang anggotanya Datuk Roslan Saidin (BN-Pinang Tunggal) tidak hadir ke dewan pagi tadi.

Azhar kemudiannya memberitahu pemberita, semua wakil rakyat BN kesal dengan sikap ketua menteri yang enggan menarik balik dan memohon maaf atas kenyataannya itu.

Katanya kenyataan Lim disifatkan sebagai berniat menghasut kaum India dan ia sangat berbahaya.

"Jadi menuduh kalau UMNO memerintah Pulau Pinang, akan robohkan kuil Hindu adalah statement yang tidak bertanggungjawab daripada seorang yang memegang portfolio sebagai ketua menteri. Cakapan ini bukankah untuk menghasut orang supaya mewujudkan permusuhan dan boleh jadi perbalahan," katanya.

"Dia (Lim) tak layak menjadi ketua menteri. Kita boleh berpolitik, berhujah dari segi politik tapi jangan sekali-kali menimbulkan perbalahan kaum," katanya.

Sementara itu, Pengerusi Penang Port Sdn Bhd (PPSB) Datuk Seri Dr Hilmi Yahya berkata wakil rakyat BN kecewa kerana Lim masih terus menimbulkan isu perkauman dengan kejadian perobohan kuil Bagan di kawasan PPSB walaupun beliau telah memohon maaf atas insiden yang berlaku.

"Saya dah beritahu akan selesaikan perkara ini semasa mesyuarat lembaga pengarah dalam tempoh terdekat," katanya.

Katanya PPSB juga akan menanggung semua kos pembinaan semula sebuah kuil yang dirobohkan kerana ia berada berhampiran saluran paip kimia berbahaya di Perai Bulk Cargo Terminal (BCT). - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 28 November 2014 12:15 AM

Anak Doakan Nurul Wahab Dapat Bayi Kembar

Khamis, 27 November 2014 2:11 PM

Syabu Dalam Ekzos Bernilai RM4.1 Juta Dirampas

Rabu, 26 November 2014 10:44 PM

Sejauh Mana Anda Tahu (Bahagian 3)

Selasa, 25 November 2014 1:00 PM

Sejauh Mana Anda Tahu? (Bahagian 2)

Kolumnis

iklan

Produk Berkaitan

Iklan