Tiga Individu Perhimpunan Sabtu Lepas Ditangkap

Diterbitkan: Ahad, 6 Mei 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Polis menahan tiga individu bagi membantu siasatan berhubung insiden merusuh yang berlaku semasa perhimpunan yang bertukar ganas di ibu negara Sabtu lepas.

Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Mohmad Salleh berkata mereka dikesan dan ditahan polis semalam hasil penyiaran gambar 49 individu termasuk seorang wanita yang terlibat dalam insiden buruk pada perhimpunan itu.

Katanya seorang yang ditahan itu adalah individu yang menggunakan kekerasan jenayah terhadap seorang anggota polis trafik pada hari tersebut.

"Selain itu, pihak polis telah mengenal pasti beberapa suspek yang terlibat dan kini polis sedang menjejaki mereka untuk membuat tangkapan," katanya dalam satu kenyataan pada Sabtu.

Mohmad turut merakamkan ucapan terima kasih kepada orang ramai di atas kerjasama mereka menyalurkan maklumat berhubung kejadian merusuh pada perhimpunan itu.

"Sekali lagi saya menyeru kepada orang ramai yang mengenali mana-mana orang atau kepada mana-mana individu gambarnya yang disiar melalui media untuk tampil menyalurkan maklumat kepada mana-mana pegawai polis dan balai polis yang berhampiran," katanya.

Mohmad berkata orang ramai boleh menyalurkan maklumat kepada pegawai penyiasat ASP Azmi Aziz di di talian 019-2602344 dan 019-3872344 atau e-mel azmiazizi@rmp.gov.my.

Semua maklumat yang disalurkan orang ramai akan dirahsiakan, katanya.

Sabtu lepas, peserta perhimpunan itu bertindak merempuh penghadang untuk memasuki Dataran Merdeka sekali gus melanggar perintah Mahkamah Majistret Kuala Lumpur yang melarang kehadiran orang awam di dataran itu mulai 28 April hingga 1 Mei.-BERNAMA

iklan

Video

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Kolumnis

iklan

Iklan