Tandas Di Melaka Berbau Busuk – Persatuan

Diterbitkan: Ahad, 6 Mei 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

MELAKA: Tahap kebersihan tandas yang diuruskan oleh kerajaan negeri di beberapa premis dan agensi adalah tidak memuaskan, kata Persatuan Tandas Berkualiti Malaysia (QRAM) Melaka.

Persatuan itu, yang membuat tinjauan terhadap 12 tempat itu mendapati tandas di kawasan berkenaan berbau, mempunyai kesan kotoran dan kulat.

Pengerusinya, Dr Johnson Tay Hong Eng berkata, keadaan itu disebabkan oleh penyelenggaraan yang jarang-jarang sekali dilakukan oleh pengendali yang dilantik.

Walaupun kerajaan negeri memperuntukkan bajet untuk menyelenggara kemudahan itu, namun beliau berkata, tahap kebersihan masih terlalu rendah.

"Keadaan tandas di premis yang dibawah kendalian kerajaan negeri seharusnya menjadi contoh dan tidak berada dalam keadaan yang kotor," katanya pada Sabtu.

Dr Tay berkata, tandas berkenaan tidak dibersihkan mengikut jadual manakala pengendali pula gagal mengutamakan kebersihan.

Sejumlah pengunjung yang menggunakan tandas menyebabkan kebersihan perlu dikekalkan dan dibersihkan dilakukan dengan lebih kerap, katanya.

Bagi QRAM, Dr Tay berkata, pihaknya akan memaklumkan kepada kerajaan negeri mengenai penyelesaiannya.

Beliau menegaskan bahawa Melaka sebagai destinasi pelancongan yang popular, perlu memastikan kebersihan di tandas-tandas awam.

Beliau berkata, QRAM juga menghadapi kritikan setiap kali cuba untuk menyokong kebersihan tandas awam di restoran dan kedai makanan.

"Dalam banyak kes, segelintir pihak segera menuding jari di tandas di tapak milik kerajaan negeri, memberitahu kita untuk melakukan tindakan di tempat-tempat berkenaan sebelum memberi nasihat," katanya.

Beliau berkata, QRAM turut memulakan kempen di kalangan murid-murid sekolah rendah dengan menekankan kepada mereka tentang menggunakan tandas yang betul.

iklan

Video

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 3:37 PM

Siapa Haida Hafiz?

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Selasa, 17 Oktober 2017 9:00 AM

Ferhad Nak Berdangdut!

Isnin, 16 Oktober 2017 2:00 PM

Jom Santai Bersama Ruhainies Dan Tajul!

Isnin, 16 Oktober 2017 1:17 PM

Macam Mana Boleh Tersepit?

Isnin, 16 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Haters Maki Tajul Di Instagram!

Kolumnis

iklan

Iklan