PSC Lynas Lawat Lokasi Kilang Khamis Ini

Diterbitkan: Ahad, 6 Mei 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

JOHOR BAHRU: Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen (PSC) mengenai Projek Lynas Advance Materials Plant dijadual mengadakan lawatan ke lokasi kilang memproses nadir bumi di Gebeng, Pahang Khamis ini.

Pengerusinya, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata dalam lawatan itu nanti PSC akan mengadakan pertemuan dengan masyarakat setempat untuk mengetahui lebih dekat permasalahan mereka berkaitan projek Lynas.

"Kita juga akan meneliti segala isu berkaitan termasuk pencemaran, kesan radioaktif dan perkara lain bagi memastikan ia selamat untuk rakyat," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Pusat Tuisyen Terminal Sejahtera 1Malaysia (TS1M) di Pasir Gudang, dekat sini, Ahad.

Mohamed Khaled berkata perkara itu akan diteliti secara mendalam selain mendapatkan maklumat berdasarkan kajian saintifik daripada pakar berkaitan dalam bidang berkenaan.

Sehingga kini, katanya jawatankuasa itu telahpun mengadakan mesyuarat bersama pihak kementerian serta agensi yang terlibat dan hasilnya akan dibentangkan di Parlimen sebelum diedarkan kepada rakyat.

Mohamed Khaled turut melahirkan rasa hairan dengan sikap pembangkang yang enggan menyertai jawatankuasa tersebut sedangkan segala perolehan maklumat dilakukan dengan kajian saintifik.

"Kita berbeza dengan PSC Berhubungan Penambahbaikan Proses Pilihan Raya kerana ia memerlukan hasil kajian saintifik dan tidak boleh mengambil jalan tengah untuk mendapatkan persetujuan semua pihak.

"Jadi saya tidak faham kenapa mereka tidak mahu terlibat dalam usaha-usaha mencari fakta sebenar," katanya. BERNAMA

iklan

Video

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 3:37 PM

Siapa Haida Hafiz?

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Selasa, 17 Oktober 2017 9:00 AM

Ferhad Nak Berdangdut!

Kolumnis

iklan

Iklan