Peniaga Tuntut Ambiga Bayar Ganti Rugi Akibat Perhimpunan

Diterbitkan: Ahad, 6 Mei 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Sekumpulan peniaga di beberapa kawasan perniagaan di ibu negara hari ini menuntut penganjur perhimpunan Datuk S. Ambiga membayar ganti rugi susulan perhimpunan itu Sabtu lepas.

Peniaga tersebut antaranya dari Jalan Tuanku Abdul Rahman, Masjid India, Kompleks Pertama dan Kampung Baru menjalankan perniagaan secara kecil-kecilan dan sederhana.

Menurut mereka sekiranya setiap tahun ada perhimpunan seperti itu, mereka khuatir perniagaan akan lebih teruk terjejas sehingga terpaksa gulung tikar.

Seorang peniaga air di Jalan Tuanku Abdul Rahman, Hazmizi Abu Hashim, 50, berkata beliau kecewa dengan sikap penganjur yang tidak memikirkan kesan perhimpunan itu kepada peniaga-peniaga kecil.

"Perniagaan kami ini kalau tak kerja sehari susah nak makan, walaupun perhimpunan itu sehari tetapi pelanggan kadang-kadang takut nak datang untuk hari esoknya," katanya kepada pemberita selepas menyertai sekumpulan peniaga membantah perhimpunan Bersih 3.0 di Jalan Tuanku Abdul Rahman di sini hari ini.

Katanya kerugian dan kerosakan yang dialaminya, di mana bekas-bekas airnya pecah ditendang oleh peserta perhimpunan, ketika perhimpunan tersebut diadakan tahun lepas masih belum mendapat ganti rugi.

Rashid Fazzil, peniaga pakaian dari Kampung Baru berkata hampir 80 peratus peniaga di kawasan itu terpaksa menutup kedai mereka kerana bimbang perhimpunan itu akan bertukar menjadi rusuhan.

"Ambiga harus fikir perkara-perkara ini walaupun ia kecil sebelum bertindak menganjurkan perhimpunan yang saya lihat akhirnya hura-hara," katanya.

Dalam pada itu, Presiden Pertubuhan Ikatan Usahawan Kecil Dan Sederhana Malaysia (Ikhlas) Mohd Ridzuan Abdullah berkata sehingga semalam, beliau menerima anggaran kerugian lebih RM200,000 daripada peniaga.

Katanya jumlah sebenar kerugian akan diketahui selepas seminggu.

Beliau berkata laporan polis akan dibuat selepas semua kerugian itu dikenal pasti.

"Sekiranya tiada tindakan dibuat mengenai tuntutan tersebut, kami (peniaga) akan buat bantahan 'aman' di hadapan rumah Ambiga...tunggulah," katanya.- BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Kolumnis

iklan

Iklan