PAS Akui Sukar Saingi Umno Raih Sokongan Pengundi Melayu

Diterbitkan: Ahad, 6 Mei 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

IPOH: PAS mengakui agak sukar bagi parti itu untuk bersaing dengan Umno bagi mendapatkan sokongan pengundi Melayu terutamanya di kawasan luar bandar dan Felda.

Ketua Penerangan PAS pusat Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata parti berhadapan dengan pelbagai masalah untuk meraih sokongan di kedua-dua kawasan itu.

"Ruang bagi PAS yang bersaing dengan Umno bagi merebut sokongan pengundi Melayu sehingga saat ini kita akui masih lagi berhadapan dengan pelbagai masalah khususnya di kawasan luar bandar dan Felda," katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Konvensyen PAS Perak ke-16 di sini, Ahad.

Katanya satu daripada faktor PAS gagal meraih sokongan pengundi ialah pendekatan inklusif yang dilaksanakan parti itu di mana program yang diadakan terlalu bersifat kepartian.

Pada sidang media kemudiannya, Tuan Ibrahim berkata PAS pusat telah menerima senarai calon yang akan bertanding pada pilihan raya umum ke-13 akan datang.

"Kebiasaannya setiap Dewan Undangan Negeri (DUN) atau Parlimen akan hantar sekurang-kurangnya dua nama dan Majlis Syura telah meluluskan dua nama tersebut di seluruh negara.

"Semua calon telah diputuskan di peringkat Majlis Syura dan sekarang kita turunkan calon ke peringkat Jawatankuasa Pusat parti dan jawatankuasa itu yang akan putuskan siapa calon (yang akan bertanding) dalam masa terdekat," katanya.

Selain itu, katanya pembahagian kerusi di kalangan parti dalam pakatan pembangkang telah 90 peratus selesai. BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 24 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Harry - Abang Lori Tenonenonet

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan