Pakar Numerologi Minta Bahasa Tamil Turut Dilayan Sama Rata

Diterbitkan: Ahad, 6 Mei 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Krishnan memegang sepanduk yang tertera
Krishnan memegang sepanduk yang tertera "Bahasa Jiwa Bangsa" dalam tiga bahasa. Foto THE STAR oleh AHMAD IZZRAFIQ ALIAS

PETALING JAYA: Seorang lelaki di hadapan sebuah bank di sini memegang sepanduk yang tertera “Bahasa Jiwa Bangsa” dalam tiga bahasa, menggesa supaya bahasa Tamil turut disertakan pada semua papan tanda besar dan label produk.

"Jika tanda-tanda dan label boleh dicetak dalam bahasa Malaysia dan bahasa Cina, kenapa mereka tidak memasukkan juga bahasa Tamil?" soal seorang pakar numerologi, V. Krishnan, 62, yang menarik perhatian orang ramai yang ingin tahu.

Beliau berkata, bantahan itu adalah satu peringatan kepada peneraju syarikat korporat serta pemimpin negara bahawa Malaysia adalah negara berbilang kaum dan bahasa Tamil perlu dilayan sama rata.

Katanya, kebanyakan premis perniagaan dan produk, mempunyai nama-nama yang dicetak dalam bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris atau bahasa Cina, tetapi jarang sekali dalam bahasa Tamil.

"Kenapa mereka mendiskriminasikan bahasa Tamil?

"India mungkin kaum minoriti di negara ini tetapi kita masih merupakan salah satu daripada tiga kaum utama," katanya.

Krishnan berkata, beliau memutuskan untuk membantah seorang sahaja dan bukan membawa teman-temannya bersama-sama kerana tidak mahu menimbulkan masalah atau kekecohan.

"Jika saya datang ke sini secara berkumpulan, pihak polis mungkin akan bertanyakan tentang permit. Oleh itu, saya melakukan ini sendiri dan berharap untuk menghantar mesej kepada pemimpin-pemimpin negara ini, " katanya.

Krishnan berkata, rakyat perlu berhenti menyalahkan MIC bagi setiap masalah yang dihadapi oleh masyarakat India kerana ia merupakan tanggungjawab bersama masyarakat untuk menyelesaikan mereka.

"Jika kita mahukan sesuatu, kita perlu berani untuk meminta. Jika kita berdiam diri, tiada apa yang akan berubah, "katanya.

iklan

Video

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Kolumnis

iklan

Iklan