Lebuhraya Smart Dibuka Semula

Diterbitkan: Ahad, 6 Mei 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Dek atas laluan arah selatan Lebuhraya Smart dari Kuala Lumpur dibuka semula kepada lalu lintas mulai 7 pagi Ahad setelah ditutup kepada trafik Rabu lepas, demikian menurut Syarikat Mengurus Air Banjir & Terowong Sdn Bhd (Smart).

Lebuhraya Smart ditutup kepada lalu lintas sejak pukul 2.40 petang pada 2 Mei lepas setelah sistem banjir terowong itu diaktifkan ekoran hujan lebat di ibu kota bagi mengelakkan banjir di kawasan sekitar Masjid Jamek, Jalan Masjid India, Dataran Merdeka dan Lebuh Ampang.

Smart dalam kenyataannya pada Ahad memohon maaf di atas sebarang kesulitan yang dihadapi.

Ia turut memaklumkan status operasi mengenai terowong Smart boleh diikuti menerusi laman webnya di www.smarttunnel.com.my, twitter@smarttunnel, facebook@smarttunnel atau menghubungi talian 1-300-88-7188.

Smart dalam kenyataannya sebelum ini memaklumkan bahawa pasukan pekerja bertugas selama 12 jam bagi setiap shif untuk memberikan tumpuan kerja-kerja pencucian di dek atas laluan terowong bagi membolehkan terowong itu dibuka kepada lalu lintas dengan kadar segera. - BERNAMA

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan