Komponen BN Jangan Rebut Kerusi - Soi Lek

Diterbitkan: Ahad, 6 Mei 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PUTRAJAYA: Anggota MCA diingatkan supaya tidak mengorbankan semangat setiakawan di kalangan anggota parti komponen dalam Barisan Nasional (BN) yang telah terbina sejak 50 tahun lepas hanya kerana merebut kerusi dalam pilihan raya akan datang.

Presidennya Datuk Seri Dr Chua Soi Lek berkata meskipun sesuatu kerusi itu tidak ditandingi calon MCA, mereka masih bertanggungjawab untuk membantu kemenangan calon BN yang lain. Bercakap kepada pemberita selepas majlis perjumpaan antara pucuk pimpinan MCA bersama ketua cawangan seluruh negara di sini hari ini, beliau berkata anggota parti perlu menyerahkan kepada kebijaksanaan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak untuk memilih calon BN terbaik untuk bertanding.

"Jangan gaduh dengan parti dalam komponen BN. Kita tidak seharusnya mengikut apa yang berlaku dalam Pakatan Rakyat di mana mereka masih bergaduh berkaitan pengagihan kerusi antara DAP, PAS dan Parti Keadilan Rakyat," katanya.

Menurutnya semua ketua cawangan MCA juga perlu memastikan setiap cawangan jentera pilihan raya akan datang sudah ditubuhkan dan bergerak aktif untuk memastikan kemenangan berpihak kepada BN.

"Bagi pemimpin-pemimpin MCA yang menjalankan tugas kementerian masing-masing, mereka juga harus mengadakan lawatan ke bilik gerakan," kata beliau.

Dalam perkembangan lain Dr Chua meminta kesemua anggota parti untuk mendaftar dalam "1MCA Member Group Insurance Scheme" bermula bulan ini atau selewat-lewatnya Julai depan bagi membolehkan mereka mendapat perlindungan insurans.

"Saya difahamkan oleh syarikat insurans bahawa MCA merupakan parti pertama mempunyai skim itu. Di bawah skim itu semua anggota MCA diberi perlindungan insurans sebanyak RM10,000 untuk kematian akibat kemalangan dan RM4,000 untuk kematian biasa atau "funeral expenses", katanya.

"Keputusan untuk mewujudkan skim insurans itu adalah sebagai tanda berterima kasih terhadap kesetiaan anggota MCA dan sumbangan mereka terhadap parti," katanya.

Hadir sama pada majlis perjumpaan itu adalah Timbalan Presiden MCA Datuk Seri Liow Tiong Lai, Setiausaha Agung parti Datuk Seri Kong Cho Ha serta kira-kira 4,000 anggota parti dari seluruh negara. BERNAMA

iklan

Video

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Kolumnis

iklan

Iklan