Cuepacs Mahu Nasib 16,000 Kakitangan Kemas Diselesaikan Segera

Diterbitkan: Ahad, 6 Mei 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

SEREMBAN: Cuepacs menuntut kerajaan mencari penyelesaian segera berhubung tiga perkara yang membelenggu hampir 16,000 kakitangan kontrak Jabatan Kemajuan Masyarakat (Kemas) seluruh negara.

Presidennya, Datuk Omar Osman berkata perkara itu antaranya ialah melanjutkan umur persaraan wajib mereka yang pada masa ini 58 kepada 60 tahun selaras dengan pelaksaan Skim Saraan Malaysia (SSM) yang baru.

Omar berkata beliau telah maklumkan perkara ini kepada menteri berkenaan baru-baru ini dan berharap menteri itu dapat mengambil tindakan secepat mungkin.

"Mereka ini sudah berkhidmat lama dalam Kemas dan tidak ada pencen dan pinjaman perumahan, jadi mengapa mereka tidak boleh diberikan umur bersara sehingga 60 tahun," katanya kepada pemberita pada Majlis Perjumpaan bersama Ahli Persatuan Keluarga Kemas Malaysia di Paroi, di sini.

Omar berkata, pihaknya juga menuntut agar kesemua 200 kakitangan Kemas yang diberhentikan sejak beberapa bulan lalu, selepas sampai had umur bersara wajib 58 tahun, diambil kembali dan disambung perkhidmatan mereka sehingga 60 tahun seperti kakitangan berstatus tetap. BERNAMA

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan