Pengerusi Kumpulan Media Karangkraf Meninggal Dunia

Diterbitkan: Sabtu, 5 Mei 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Pengerusi Kumpulan Media Karangkraf, Datuk Fickry Yaacub (gambar) meninggal dunia akibat serangan jantung di kediamannya di Taman Tun Dr Ismail di sini malam Sabtu.

Allahyarham, 65, meninggalkan seorang isteri, Datin Robiah Mohamed dan lapan orang anak.

Jenazahnya dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Bukit Kiara, Damansara, Sabtu dan sebelum itu jenazah disembahyangkan di Masjid At-Taqwa, Taman Tun Dr Ismail.

Menurut adiknya, Datuk Hussamuddin yang juga Pengarah Urusan Kumpulan Media Karangkraf, Allahyarham sebelum itu sedang menonton perlawanan bola sepak secara langsung antara pasukan Kelantan dan Lions XII.

Sebelum itu juga, katanya Allahyarham sempat berkomunikasi dengan anaknya yang sedang menuntut di Kanada menggunakan Skype.

Allahyarham yang lebih mesra dengan panggilan Haji Fickry merupakan seorang yang tenang, sangat merendah diri dan begitu disenangi oleh seluruh karyawan dan kakitangannya.

Fickry berpengalaman luas dalam bidang pendidikan dan industri surat khabar.

Beliau pernah menjawat tugas sebagai pendidik di Maktab Adabi di Kota Baharu dan kemudian sistem belajar melalui pos yang dinamakan Adabi Gaya Pos bersama beberapa rakannya.

Dalam bidang persuratkhabaran, beliau pernah menjawat jawatan penting dalam pasukan editorial antaranya ialah sebagai Penerbit Eksekutif Akhbar Eksklusif dan juga menjadi Ketua Editor Akhbar Watan.

Beliau juga memainkan peranan besar dalam melahir dan menjanakan idea ketika penubuhan awal Sinar Harian.

Beliau terus aktif menulis dan mempunyai kolum tetap di dalam akhbar tersebut serta sentiasa memantau perkembangan akhbar berkenaan.-BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Selasa, 14 November 2017 9:00 AM

“Penat..Tapi Best!” - Nad Zainal

Kolumnis

iklan

Iklan