Pembangkang Mahu Jadikan Dataran Merdeka Sebagai Dataran Tahrir

Diterbitkan: Sabtu, 5 Mei 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

BATU PAHAT: Penganjur perhimpunan di ibu negara pada 28 April lepas didakwa sebenarnya tidak berniat mahu mengadakan perhimpunan secara aman sebaliknya bermatlamat menjadikan Dataran Merdeka sebagai Dataran Tahrir di Mesir menerusi rusuhan ganas.

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Ahmad Maslan berkata tindakan penganjur perhimpunan iaitu badan bukan kerajaan yang disokong pembangkang, cuba menyamakan Dataran Merdeka dengan Dataran Tahrir di Kaherah adalah sesuatu yang 'tidak masuk akal'.

"Mereka (penganjur dan peserta perhimpunan) mahu duduk di Dataran Merdeka selama empat hari dan bertindak pelbagai cara untuk memburuk-burukkan negara," katanya pada seminar media sosial Johor di Dewan Orang ramai Parit Raja, di sini, Sabtu.

Pembangkang sebenarnya mahu menawan Dataran Merdeka sehingga 1 Mei bagi membolehkan mereka menukar kawasan bersejarah negara itu sebagai Dataran Tahrir dan berusaha mengguling kerajaan sedia ada, dakwanya.

Ahmad yang juga Ketua Penerangan Umno berkata ini dapat disahkan menerusi sepanduk bertulis perkataan "Dataran Merdeka Is Our Tahrir Square" (Dataran Merdeka ialah Dataran Tahrir Kami" pada khemah peserta perhimpunan itu.

Katanya kepimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Najib yang berpaksikan kepada kesejahteraan rakyat pelbagai kaum negara ini adalah amat berbeza dengan pentadbiran Mesir ketika di era pemerintahan bekas Presiden Jeneral Hosni Mubarak.

"Hosni Mubarak perintah Mesir kira-kira 30 tahun, manakala kepimpinan Perdana Menteri (Najib) hanya tiga tahun, di mana di dalam tempoh singkat itu beliau telah melaksanakan pelbagai program transformasi untuk meningkatkan kesejahteraan hidup rakyat negara ini," katanya.

Sehubungan itu, beliau meminta rakyat menolak perjuangan pembangkang dan perhimpunan ganas sebagaimana yang dipimpin oleh Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim dan penganjur perhimpunan itu Datuk S. Ambiga.

"Kedua-dua mereka, Anwar Ibrahim dan Ambiga juga merupakan pendokong kuat perjuangan LGBT (Lesbian, Gay, Biseksual dan Transgender), kata Ahmad yang juga anggota Parlimen Pontian. BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 28 November 2014 12:15 AM

Anak Doakan Nurul Wahab Dapat Bayi Kembar

Jumaat, 28 November 2014 12:00 AM

Sejauh Mana Anda Tahu (Bahagian 4)

Khamis, 27 November 2014 2:11 PM

Syabu Dalam Ekzos Bernilai RM4.1 Juta Dirampas

Rabu, 26 November 2014 10:44 PM

Sejauh Mana Anda Tahu (Bahagian 3)

Kolumnis

iklan

Produk Berkaitan

Iklan