NGO Adakan Bantahan Terhadap Kerajaan Selangor Khamis Ini

Diterbitkan: Sabtu, 5 Mei 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

SHAH ALAM: Sekumpulan badan bukan kerajaan (NGO) akan berhimpun secara aman di hadapan Bangunan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah Khamis ini bagi menyuarakan bantahan terhadap kerajaan Selangor berhubung janji-janji yang masih tidak tertunai.

Setiausaha Pertubuhan Perikatan Prihatin Malaysia (PPPM) K. Vijiya berkata 1,000 orang dijangka menghadiri perhimpunan itu dan menyerahkan memorandum kepada Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

Vijiya berkata antara yang dipersoalkan adalah mengenai janji-janji calon parti pakatan yang diberikan semasa kempen pilihan raya umum lepas antaranya untuk menyelesaikan masalah penduduk seperti di Kampung Bunga Raya, Subang, membina dua bonggol jalan di hadapan kuil di Sri Muda.

"Dahulu semasa tiada duit mereka berjanji macam-macam tetapi apabila dipilih jadi wakil rakyat tidak banyak yang dilakukan mereka," katanya, Sabtu.

Pengerusi PPPM N.Alagan berkata penduduk Kampung Bunga Raya masih tidak mendapat bekalan air percuma sebanyak 20 meter padu bagi setiap rumah yang dijanjikan oleh kerajaan negeri.

"Kenapa tidak ada masa untuk rakyat tetapi dalam perhimpunan Bersih 3.0 (di ibu negara 28 April lepas) mereka ada masa untuk hadir?" katanya.-BERNAMA

iklan

Video

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Kolumnis

iklan

Iklan