Nayati Enggan Tunduk Ancaman

Diterbitkan: Sabtu, 5 Mei 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PETALNG JAYA: "Saya tinggalkan rumah pada hari Jumaat, saya berjalan ke sekolah. Hari ini saya berjalan pulang. Mereka tidak boleh memukul saya."

Demikian kata-kata berani kanak-kanak mangsa culik, Nayati Shamelin Moodliar selepas pulang ke rumah.

Selepas melalui pengalaman pahit diculik selama enam hari, kanak-kanak berusia 12 tahun itu bertegas mahu ke sekolah bagi mengucapkan terima kasih kepada guru dan rakan sekolahnya yang membantu mencarinya sebelum ini.

Malah dia menegaskan untuk berjalan sendirian pulang ke rumah namun beberapa rakannya mahu mengiringinya.

Bapa Nayati, Shamelin menahan sebak ketika bercakap kepada media pada Jumaat.

Nayati tidak turut sama dalam sidang media berkenaan.

Namun ibu bapa Nayati menunjukkan rakaman video Nayati mengucapkan terima kasih kepada semua pihak yang membantu mencarinya.

"Saya benar-benar menghargai segala doa anda, terima kasih banyak-banyak.

"Anda telah menemui saya dan saya benar-benar menghargainya. Saya amat bertuah, tiada apa yang berlaku terhadap saya. Saya tidak cedera, saya okey. Terima kasih semua," kata Nayati, yang berpakaian seluar pendek dan singlet biru dalam rakaman video tersebut.

Nayati, 12, dilapor hilang dipercayai diculik dua lelaki berhampiran Sekolah Antarabangsa Mont' Kiara ketika berjalan berseorangan ke sekolahnya Jumaat minggu lalu.

Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Mohmad Salleh berkata Nayati ditemui selamat di kawasan rehat dan rawat (R&R) Sungai Buloh, Lebuhraya Utara Selatan (Plus), di sini pada pukul 7.55 pagi Khamis selepas keluarganya membayar wang tebusan.

Terdahulu Shamelin mengalirkan air mata apabila ditanya bagaimana anaknya menghadapi kes penculikan tersebut.

"Dia tabah dan saya gembira dia segera boleh menjalani rutin hariannya," katanya.

Beliau berterima kasih kepada polis kerana berjaya menangani kes tersebut dan memastikan keselamatan anaknya.

Sementara itu ibu Nayati, Janice Smith pula berkata anaknya tidur nyenyak malam tadi dan gembira anaknya segera pulih selepas kejadian tersebut.

iklan

Video

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 10:55 PM

Abam Bocey Malu Manja Dengan Isteri Depan Kamera

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Jumaat, 8 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Awi Rafael - Kau Di Hatiku

Khamis, 7 Disember 2017 8:00 PM

Nadzmi Adhwa Dikurung Selepas Kantoi Dadah

Kolumnis

iklan

Iklan