Jakim Tidak Raih Keuntungan Daripada Sijil Halal - Jamil Khir

Diterbitkan: Sabtu, 5 Mei 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Bayaran yang dikenakan untuk mendapat sijil pengesahan halal Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) adalah bagi menampung kos termasuk kajian dan ujian makmal terhadap produk yang berkenaan.

Sehubungan itu, Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom berkata, adalah tidak wajar bagi pengusaha membuat tuduhan Jakim meraih keuntungan daripada pengeluaran sijil tersebut.

"Di sini saya ingin menegaskan, Jakim langsung tidak mengambil sebarang keuntungan kepada sijil halal yang dikeluarkan tetapi kita hendak memastikan setiap kos dalam meluluskan sebarang sijil halal yang dikeluarkan ditanggung oleh pihak pemohon," katanya kepada pemberita, di sini Jumaat.

Jamil yang ditemui selepas menyerahkan sijil halal kepada Restoran Pelita Nasi Kandar berkata, Jakim mengenakan kadar berpatutan iaitu RM200 bagi industri kecil, RM400 untuk industri sederhana dan RM800 bagi industri berskala besar.

Katanya, kadar bayaran yang dikenakan adalah bagi tempoh dua tahun dan kelewatan membuat bayaran akan mempengaruhi proses lawatan pemeriksaan halal ke atas premis terbabit.

Sementara itu, mengulas isu berkaitan, Jamil khir berkata, semua pengusaha restoran nasi kandar di negara ini wajar mengikut langkah rangkaian Restoran Pelita Nasi Kandar dan mendapatkan sijil halal sebagai satu nilai tambah.

"Rangkaian Pelita Nasi Kandar merupakan rangkaian yang pertama berjaya melengkapkan kesemua 24 rangkaiannya di seluruh negara dalam mendapatkan sijil halal dan ini wajar dicontohi oleh pengusaha restoran nasi kandar yang lain," katanya.

Sementara itu Pengerusi Pelita Samudra Pertama Sdn. Bhd, Datuk Shamsuri Ahmad berkata, tidak sukar bagi restoran tersebut menepati kriteria yang ditetapkan Jakim.

"Pelita Nasi Kandar kini secara rasminya telah maju lebih ke hadapan dengan mendapatkan nilai tambah ini (sijil halal) apabila 247 item atau bahan makanan yang dijual di semua cawangan nasi kandar kami telah menepati garis panduan Jakim," katanya. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Selasa, 14 November 2017 9:00 AM

“Penat..Tapi Best!” - Nad Zainal

Kolumnis

iklan

Iklan