Umat Islam Mesti Bersatu Tolak Fahaman Pesong Akidah - Muhyiddin

Diterbitkan: Jumaat, 4 Mei 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

MUAR: Umat Islam di negara ini hendaklah bersatu padu untuk mempertahankan agama Islam dan menolak fahaman yang memesongkan akidah serta syariat Islam, kata Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Timbalan Perdana Menteri berkata umat Islam hari ini menghadapi pelbagai bentuk cabaran termasuk fahaman dan ideologi yang boleh menjejaskan akidah dan perpaduan ummah.

"Contohnya, gerakan yang dipelopori individu tertentu yang berusaha pesongkan akidah umat akidah iaitu gerakan liberalisme agama dan LGBT (Lesbian, Gay, Biseksual dan Transeksual)," katanya semasa berucap pada Majlis Forum Perdana Hal Ehwal Islam di Dataran Tanjung Emas di sini malam Khamis.

Forum itu dianjurkan gabungan pertubuhan bukan kerajaan NGO cawangan Muar bertajuk "Kesatuan, Perpaduan, Persaudaraan dan Permuafakatan Ummah Adalah Tuntutan Fardhu Ain" yang dihadiri kira-kira 5,000 penduduk sekitar.

Muhyiddin berkata gerakan berkenaan menuntut setiap amalan dalam agama Islam diliberalisasikan seperti yang dilakukan di Barat. "Mereka cuba pesong akidah umat Islam dan membenarkan murtad untuk jejas akidah umat Islam serta mahukan (perlakuan) seks bebas berlandaskan fahaman individu berhak tentukan orientasi seks masing-masing," katanya.

Timbalan Perdana Menteri itu khuatir jika umat Islam tidak bersatu, gerakan dan fahaman itu akan menular dan melanggar batas agama.

Walaupun umat Islam mempunyai hak untuk menentukan fahaman politik masing-masing, beliau berkata janganlah sampai ia menjejaskan perpaduan ummah. -BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 24 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Harry - Abang Lori Tenonenonet

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan