Tibai Kesal Azmin Enggan Bersih Nama

Diterbitkan: Jumaat, 4 Mei 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Sebuah petubuhan bukan kerajaan, Tolak Individu Bernama Anwar Ibrahim (TIBAI) kesal dengan Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) Azmin Ali yang tidak hadir untuk sumpah laknat di Masjid Negara bagi membersihkan namanya yang dikaitkan dengan gambar pemimpin pembangkang miripnya bersama seorang wanita.

Mursyidul Am TIBAI Muhammad Zahid Md Arip berkata Azmin seharusnya menyahut cabaran TIBAI untuk membersihkan namanya daripada fitnah dengan membuat sumpah laknat hari ini bagi menjaga maruah diri dan keluarganya.

"Malangnya Azmin tidak hadir. Azmin kini dilanda sindrom dayus seksual," katanya kepada pemberita selepas solat Jumaat di Masjid Negara, di sini.

Baru-baru ini, gambar seorang lelaki mirip pemimpin pembangkang terbabit dalam aksi panas bersama seorang wanita tersiar di akhbar serta beberapa laman blog, dan kini tersebar luas di Internet.

Muhammad Zahid berkata beliau berasa hampa dengan tindakan Azmin yang tidak mahu membuat sumpah laknat dan TIBAI akan terus mencabar Azmin dan mendesak pemimpin itu berbuat demikian.

Beliau juga menjemput Azmin untuk hadir pada program jelajah TIBAI pada 10 Mei ini yang akan diadakan di Pinggiran Batu Caves, Gombak. - BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 26 September 2017 10:30 AM

Bakat Namron Ditidakkan?

Selasa, 26 September 2017 7:16 AM

Inilah Fesyen Artis Sempena FFM29

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Kolumnis

iklan

Iklan