Sultan Pahang Dukacita Terhadap Pihak Adakan Perhimpunan Hingga Cetus Huru-Hara

Diterbitkan: Jumaat, 4 Mei 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUANTAN: Sultan Pahang Sultan Ahmad Shah pada Khamis melahirkan rasa dukacita terhadap kecenderungan pihak tertentu mengadakan perhimpunan dan tunjuk perasaan yang mencetuskan keadaan huru-hara di negara ini.

Baginda bertitah tindakan sedemikian telah menyebabkan keadaan keselamatan negara terancam serta menjejaskan kegiatan ekonomi. "Melihat perkembangan di negara kita hari ini (terdapat) kecenderungan pihak-pihak tertentu mengadakan perhimpunan dan tunjuk perasaan yang boleh merosakkan keharmonian negara.

"Jika diperhatikan rata-rata yang mengikuti perhimpunan ini adalah orang Melayu kita yang beragama Islam. "Sepatutnya kita menjadi contoh kepada kaum lain untuk menjaga keharmonian negara," titah baginda pada majlis perasmian masjid baru Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) Masjid Sultan Ahmad Shah yang dibina dengan kos RM15 juta, di sini, Khamis.

Baginda bertitah sekiranya terdapat perselisihan faham, perbezaan pendapat dan tidak berpuas hati mengenai sesuatu isu atau perkara, ia perlulah diselesaikan secara berhemah.

Sementara itu, baginda turut bertitah agar institusi masjid dijadikan tempat percambahan ilmu yang harus mempunyai perpustakaan yang lengkap serta dijadikan pusat pendidikan di mana anak-anak dan keluarga mendapatkan didikan.

Bagaimanapun terdapat sesetengah orang menganggap bahawa masjid hanyalah dibina untuk tujuan bersembahyang semata-mata, sementara kegiatan-kegaitan lain tidak boleh dilakukan di masjid, titah baginda.

"Dari kaca mata Islam, masjid harus memainkan pelbagai peranan untuk kebaikan dan manfaat masyarakat Islam selain boleh menyatupadukan ummah," titah Sultan Ahmad Shah. -BERNAMA

iklan

Video

Isnin, 23 Oktober 2017 1:31 PM

Tragedi Tanah Runtuh: Semua Mayat Dijumpai

Isnin, 23 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Aizat Amdan Tak Lupa Dua Benda Ini!

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Kolumnis

iklan

Iklan