Polis Cabul Hak Asasi Manusia Di Perhimpunan Bersih 2.0 - Suhakam

Diterbitkan: Jumaat, 4 Mei 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Siasatan awam Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (Suhakam) terhadap perhimpunan Bersih 2.0 mendapati terdapat perlanggaran hak asasi manusia oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Pengerusi Panel, Prof Datuk Dr Khaw Loke Tee menjelaskan keadaan tertentu yang menunjukkan polis melanggar hak asasi manusia dan membahayakan keselamatan awam, termasuk insiden di KL Sentral dan Hospital Tung Shin.

Dr Khaw, yang juga pesuruhjaya Suhakam berkata panel mendapati tembakan gas pemedih mata oleh polis di arah bertentangan di KL Sentral mungkin boleh menyebabkan kecederaan atau kematian kepada peserta perhimpunan yang berada di sekitarnya.

"Satu klip (video) yang dikemukakan kepada panel menunjukkan seorang pegawai polis tidak menembak kanister ke tanah dan mungkin menyebabkan kecederaan Fayyadh Afiq Albakqry (pengawal Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim)," katanya apabila membaca laporan 40 muka surat siasatan awam terhadap dakwaan berlakunya perlanggaran hak asasi manusia, termasuk penggunaan kuasa berlebihan sebelum dan selepas perhimpunan pada 9 Julai tahun lepas.

Berdasarkan laporan, Fayyadh mendakwa alat penembak disasarkan tepat dan secara langsung kepada Anwar dan dia (Fayyadh) telah mengalami kecederaan di muka ketika melindungi Anwar.

Beliau berkata, panel, melalui bukti mendapati bahawa kaedah yang digunakan untuk menyuraikan orang ramai di KL Sentral tidak sesuai kerana lokasi.

"Semasa lawatan panel ke lokasi, kami mendapati kawasan itu separuh tertutup dan akses untuk peserta bersurai secara teratur dan selamat adalah terhad kerana terdapat hanya satu tangga dan satu eskalator untuk keluar," katanya.

Ketika sidang akhbar selepas membaca laporan itu, beliau berkata perkara itu tidak sepatutnya berlaku.

"Terdapat kemungkinan kegagalan ...kegagalan dalam komunikasi antara kedua-dua pasukan penembak gas pemedih mata," katanya.

Bagi Hospital Tung Shin dan Hospital Maternity Cina, beliau berkata walaupun gas pemedih mata tidak ditembak terus ke dalam kawasan, penembakan di sepanjang Jalan Pudu sahaja boleh mengancam keselamatan awam.

"Walaupun ia bukan terus ke dalam kawasan tersebut tetapi hakikatnya ia telah dilepaskan di kawasan sekitar, cukup untuk mendatangkan bahaya kepada pesakit atau kanak-kanak sekolah," katanya.

iklan

Video

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Kolumnis

iklan

Iklan