Perhimpunan Di Kuala Lumpur Sabtu Lepas, Cubaan Guling Kerajaan - PM

Diterbitkan: Jumaat, 4 Mei 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

GUA MUSANG:Perhimpunan badan bukan kerajaan yang disokong pembangkang berhampiran Dataran Merdeka di Kuala Lumpur, Sabtu lepas, adalah satu percubaan untuk menggulingkan kerajaan yang dipilih oleh rakyat menerusi sistem demokrasi, kata Datuk Seri Najib Tun Razak.

Perdana Menteri berkata tindakan itu menunjukkan pihak yang terlibat tidak menghormati kerajaan yang dipilih oleh rakyat menerusi proses yang sah.

"Mereka ada niat untuk tawan Dataran Merdeka, bukan berhimpun untuk dua tiga jam tetapi dua tiga hari atau lebih daripada itu, nak gambarkan kerajaan tidak boleh mengawal keadaan.

"Mereka nak jadikan Dataran Merdeka sebagaimana Dataran Tahrir di Mesir," katanya ketika berucap merasmikan Karnival Komuniti 1Malaysia Negeri Kelantan di Padang Pusat Sivik di sini, Jumaat.

Perdana Menteri yang dalam lawatan kerja sehari ke negeri ini, berucap di hadapan lebih 30,000 orang yang mula menunggu ketibaan beliau sejak pukul 7 pagi di padang Pusat Sivik itu.

Hadir pada majlis tersebut antaranya Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Seri Dr Rais Yatim, Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Seri Mustapa Mohamed, Timbalan Menteri Kewangan Datuk Dr Awang Adek Hussin dan Anggota Parlimen Gua Musang Tengku Razaleigh Hamzah.

Perdana Menteri berkata kerajaan tidak boleh berkompromi dengan kumpulan tersebut yang cuba menumbangkan kerajaan yang dipilih oleh rakyat secara sah.

Beliau berkata dalam cubaan kumpulan terbabit menawan Dataran Merdeka, mereka telah bertindak ganas antaranya mencederakan anggota polis dan wartawan serta merosakkan kenderaan polis dan harta awam.

Semalam, Timbalan Ketua Parti Keadilan Rakyat Cabang Rasah, R.Tangam merupakan orang pertama didakwa di mahkamah atas tuduhan melanggar perintah Mahkamah Majistret berhubung larangan menyertai perhimpunan yang bertukar ganas Sabtu lepas.

Hari ini, polis menyiarkan gambar 49 individu yang dikehendaki polis dalam akhbar-akhbar tempatan yang disyaki terbabit dalam pelbagai kesalahan sepanjang perhimpunan itu.

Perdana Menteri berkata kumpulan tersebut menyalahkan polis yang didakwa menyebabkan tercetusnya kekecohan pada perhimpunan tersebut.

Najib yang juga Pengerusi Barisan Nasional mencabar kumpulan itu agar bersaing melalui saluran pilihan raya.

"Kepada kumpulan ini, bersainglah di peti undi, kalau anak jantan bersainglah di peti undi.

"Saya tidak nafikan ada sedikit sebanyak kekasaran oleh polis, tetapi perkara ini boleh dielakkan jika mereka hormati undang-undang yang diluluskan Parlimen," katanya.

Perdana Menteri berkata kerajaan telah menawarkan lokasi yang sesuai untuk mereka berhimpun secara aman termasuk di Stadium Merdeka tetapi mereka menolak tawaran itu.

iklan

Video

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 3:37 PM

Siapa Haida Hafiz?

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Selasa, 17 Oktober 2017 9:00 AM

Ferhad Nak Berdangdut!

Isnin, 16 Oktober 2017 2:00 PM

Jom Santai Bersama Ruhainies Dan Tajul!

Isnin, 16 Oktober 2017 1:17 PM

Macam Mana Boleh Tersepit?

Isnin, 16 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Haters Maki Tajul Di Instagram!

Kolumnis

iklan

Iklan