Majlis Penerbangan Kebangsaan Ditubuhkan

Diterbitkan: Jumaat, 4 Mei 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PUTRAJAYA: Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak pada Khamis mengumumkan penubuhan Majlis Penerbangan Kebangsaan (NAC)) untuk menyelaras segala dasar berhubung bidang penerbangan di negara ini.

Beliau berkata NAC akan menyelaras segala dasar berhubung bidang penerbangan dan menentukan perkara-perkara yang berkaitan antara Malaysia Airlines (MAS), AirAsia Bhd dan Malaysia Airports Holdings Bhd (MAHB). "Dengan mewujudkan satu badan pengantara yang objektif ini, pembangunan bidang penerbangan negara pada masa akan datang akan lebih terancang, tersusun dan sistematik.

"Permasalahan yang berbangkit dari semasa ke semasa boleh diselesaikan dan diselaraskan melalui NAC. Kalau ada perkara pokok, ia boleh dibawa ke Majlis Ekonomi untuk diputuskan kerajaan," katanya kepada pemberita di sini, Khamis. Sebelum itu, beliau menghadiri mesyuarat Jawatankuasa Putrajaya mengenai Kumpulan Berprestasi Tinggi Syarikat Berkaitan Kerajaan (GLC) dan dialog bersama warga GLC.

Najib berkata maklumat lanjut dan struktur NAC akan diumumkan dalam tempoh terdekat. Apabila ditanya individu yang akan menganggotai NAC, Najib berkata :"Mereka yang mempunyai kepakaran dalam bidang penerbangan" dan, masih dalam proses mencari personaliti yang sesuai. "Kemungkinan dalam tempoh satu atau dua bulan. Sudah sampai masanya, atau jika tidak, sukar untuk mengurus urusan antara MAS, AirAsia dan MAHB. Kita perlukan badan yang benar-benar khusus dan memahami kedudukan industri itu," katanya.

Sementara itu, Najib berkata kerjasama MAS dan AirAsia perlu dilaksanakan dalam bentuk model ekonomi baharu.

Beliau berkata kerjasama melalui tiga perjanjian persefahaman (MoU) itu akan mencerminkan bidang yang membolehkan kerjasama diwujudkan antara MAS dan AirAsia.

"Pada majlis dialog tadi, wakil pekerja berterima kasih kepada kerajaan kerana mengkaji semula dan membatalkan pemegangan silang saham antara MAS dan AirAsia.

"Namun, mereka terima bahawa kerjasama antara kedua-dua juara serantau itu telah memberi manfaat kepada ekonomi negara," katanya.

Mengenai pelantikan Datuk Azman Mohd sebagai Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Tenaga Nasional Berhad (TNB), Najib berkata ia disambut baik oleh kesatuan dan pekerja syarikat utiliti berkenaan. -BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan