Beri Perlindungan Kepada Media - Transparency International

Diterbitkan: Jumaat, 4 Mei 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Transparency International Malaysia (TI-M) menyeru agar perlindungan sewajarnya diberi kepada media Malaysia untuk membolehkan mereka menunaikan tugas tanpa gentar dan pilih kasih.

Bersempena sambutan Hari Kebebasan Akhbar Sedunia hari ini, presidennya Datuk Paul Low berkata usaha perlu dilakukan agar media sentiasa diberi perlindungan dalam menunaikan tugasnya untuk mendokumenkan dan menyalurkan maklumat kepada masyarakat.

Sambil menegaskan bahawa wartawan memainkan peranan yang sangat penting sebagai pengawal kepentingan orang ramai, Low berkata kewujudan media yang bebas dan tidak terikat dengan mana-mana pihak adalah penting dalam mendedahkan penyelewengan dan salah guna kuasa oleh pihak berkuasa, di samping menjadi alat penting dalam usaha memerangi rasuah.

"Mereka menghayati cita-cita rakyat serta mewujudkan unsur-unsur memantau dan menegur yang amat diperlukan dalam demokrasi yang mekar subur dan terbuka," katanya dalam kenyataan di sini.

Low berkata TI-M berharap cadangan agar semua parti yang bertanding pada pilihan raya diberi ruang secara adil dan bebas di dalam media, seperti yang terkandung dalam laporan Jawatankuasa Pilihan Khas Berhubung Dengan Penambahbaikan Proses Pilihan Raya yang diluluskan Parlimen bulan lepas, dapat dilaksanakan dengan segera.

"Kami juga menyeru media supaya bersikap adil, tidak menyebelahi mana-mana pihak dan memberi liputan secara sama rata kepada semua parti politik, terutama pada pilihan raya umum akan datang," katanya. -BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 17 Oktober 2017 3:37 PM

Siapa Haida Hafiz?

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Selasa, 17 Oktober 2017 9:00 AM

Ferhad Nak Berdangdut!

Isnin, 16 Oktober 2017 2:00 PM

Jom Santai Bersama Ruhainies Dan Tajul!

Isnin, 16 Oktober 2017 1:17 PM

Macam Mana Boleh Tersepit?

Isnin, 16 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Haters Maki Tajul Di Instagram!

Jumaat, 13 Oktober 2017 2:30 PM

Ruhainies Bersedia Untuk Berkeluarga

Jumaat, 13 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Farisha Irish - Tak Malu

Kolumnis

iklan

Iklan