Polis Kenal Pasti 49 Perusuh Di Dataran Merdeka

Diterbitkan: Khamis, 3 Mei 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Mohmad Salleh menunjukan gambar 49 orang awam pada sidang media di sini, Khamis yang dipercayai terbabit dalam kejadian merusuh pada perhimpunan Bersih 3.0 dekat Dataran Merdeka Sabtu lalu. Kesemua mereka kini menjadi buruan polis dipercayai bertindak ganas seperti memukul polis dan orang awam serta merosakkan harta benda ketika perhimpunan itu.- Foto BERNAMA
Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Mohmad Salleh menunjukan gambar 49 orang awam pada sidang media di sini, Khamis yang dipercayai terbabit dalam kejadian merusuh pada perhimpunan Bersih 3.0 dekat Dataran Merdeka Sabtu lalu. Kesemua mereka kini menjadi buruan polis dipercayai bertindak ganas seperti memukul polis dan orang awam serta merosakkan harta benda ketika perhimpunan itu.- Foto BERNAMA

KUALA LUMPUR: Polis telah mengenal pasti 49 orang termasuk seorang wanita, yang dipercayai terbabit dalam kejadian merusuh pada perhimpunan bertukar ganas dekat Dataran Merdeka, Sabtu lalu.

Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Mohmad Salleh berkata kesemua mereka yang kini menjadi buruan polis dipercayai bertindak ganas seperti memukul polis dan orang awam serta merosakkan harta benda ketika perhimpunan itu.

"Kesemua gambar 49 orang itu kita siarkan melalui pihak media," katanya kepada pemberita di sini, Khamis.

Sabtu lepas, peserta perhimpunan itu bertindak merempuh penghadang untuk memasuki Dataran Merdeka sekali gus melanggar perintah Mahkamah Majistret Kuala lumpur yang melarang kehadiran orang awam di dataran itu mulai 28 April hingga 1 Mei.

Mohmad berkata kesemua mereka akan disiasat mengikut Seksyen 143 dan 188 Kanun Keseksaan kerana merusuh dan merosakkan harta benda awam.

Dua hari lepas polis menahan seorang lelaki di Seremban, Negeri Sembilan kerana perbuatan sama.

Sementara itu, Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein dalam temubual eksklusif dengan Umno-Online, berkata polis akan meneruskan siasatan bagi membolehkan pihak Peguam Negara melakukan dakwaan terhadap mereka yang merancang dan mencetuskan keadaan huru-hara pada perhimpunan Sabtu lepas.

Katanya lebih 100 individu sudah dikenal pasti dan Polis Kuala Lumpur hari ini menyiarkan lebih 40 gambar melalui media. "Saya tahu sebahagian besar daripada mereka yang datang ke Dataran Merdeka pada 28 April lalu bukan semuanya berniat sebegitu rupa, ada yang datang secara aman. "Tetapi apabila (perhimpunan) dirampas oleh golongan (yang mencetuskan hura-hara) ini saya percaya bahawa mereka juga mahu kita ambil tindakan yang tegas dan membawa mereka ini ke muka pengadilan," katanya.

Mengenai sebilangan anggota polis dikatakan gagal mengawal emosi ketika bertindak meleraikan perhimpunan itu, Hishammuddin berkata mereka akan dikenakan tindakan undang-undang sekiranya didapati bersalah.

"Bayangkan ketika itu, jumlah polis yang dikerahkan untuk mengawal keadaan berjumlah 14,000. Kalau 14 (orang polis) yang salah laku takkan kita nak menggambarkan kesemua polis yang ada di perhimpunan itu sebagai 'brutality police' (kezaliman polis).

"Ini sebenarnya usaha nak mencemarkan imej polis dan negara kepada dunia dan ini satu matlamat yang saya tengok jahat. Tetapi mana-mana anggota kita yang salah tetap salah dan kita akan ambil tindakan sama saja dengan mereka lain mengikut undang-undang yang ada," katanya. -BERNAMA

iklan

Video

Ahad, 17 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: InTeam - Kasih Kekasih

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan