Penubuhan PSC Lynas Untuk Mencari Kebenaran - Khaled Nordin

Diterbitkan: Khamis, 3 Mei 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Penubuhan Jawatakuasa Pilihan Parlimen (PSC) mengenai Projek Lynas bertujuan mencari kebenaran dan memberi pemahaman yang lebih kepada orang ramai tentang isu pembinaan kilang berkenaan, kata pengerusinya, Datuk Seri Khaled Nordin.

"Ia bukannya untuk mendapatkan keseimbangan...ia untuk mencari gambarannya yang sebenar, apakah aspek perkara tersebut...disokong oleh kajian saintifik dan pengetahuan tentang isu, supaya masyarakat akan memahami isu ini dengan jelas," katanya kepada pemberita selepas menghadiri mesyuarat kedua jawatantakuasa itu di bangunan Parlimen pada Khamis.

Khaled berkata jawatankuasa itu berbeza daripada jawatankuasa-jawatankuasa yang lain.

"Jawatankuasa lain mungkin terpaksa mencari cara untuk mendapatkan keputusan dan memperoleh keseimbangan dalam mencapai sesuatu, tetapi jawatankuasa ini ditubuhkan untuk melihat piawaian keselamatan projek serta isu lain yang telah menarik perhatian umum," katanya.

Mengenai mesyuarat tersebut, Khaled berkata mereka diberi penjelasan selanjutnya tentang pelbagai aspek saintifik tetapi tidak membincangkan sebarang aspek teknikal mengenai permohonan untuk kilang nadir bumi itu beroperasi. Beliau berkata mesyuarat itu mengkaji isu lesen, pelan pengurusan alam sekitar, piawaian kawalan radioaktif dan potensi terhadap pencemaran alam sekitar.

Katanya, isu lain yang dibincangkan ialah tentang kesan radiasi terhadap kesihatan orang ramai.

Antara yang hadir di mesyuarat itu ialah wakil daripada Lembaga Pelesenan Tenaga Atom (ALEB), Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI), Lembaga Kemajuan Perindustrian Malaysia (MIDA) dan Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri.

Jawatankuasa itu dijadual mengadakan pendengaran terbuka pertamanya semasa lawatan ke kilang nadir bumi di Gebeng, Pahang, pada 10 dan 11 Mei ini dan satu lagi pendengaran terbuka pada 21 Mei di Kuala Lumpur di mana kumpulan pro dan anti Lynas akan memberi pandangan mereka.

PSC itu dijangka mengemukakan satu laporan menjelang 19 Jun dan mereka diberi tempoh tiga bulan untuk memenuhi matlamat ia ditubuhkan.

Bulan lepas Dewan Rakyat meluluskan satu usul penubuhan PSC mengenai Projek Bahan Pendahuluan Lynas bagi mengkaji piawaian keselamatan projek tersebut dan juga isu-isu lain yang menjadi tumpuan perhatian orang ramai.

Anggota Parlimen pembangkang telah menolak untuk dilantik menganggotai jawatankuasa tersebut. -BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 17 Oktober 2017 9:00 AM

Ferhad Nak Berdangdut!

Isnin, 16 Oktober 2017 2:00 PM

Jom Santai Bersama Ruhainies Dan Tajul!

Isnin, 16 Oktober 2017 1:17 PM

Macam Mana Boleh Tersepit?

Isnin, 16 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Haters Maki Tajul Di Instagram!

Jumaat, 13 Oktober 2017 2:30 PM

Ruhainies Bersedia Untuk Berkeluarga

Jumaat, 13 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Farisha Irish - Tak Malu

Khamis, 12 Oktober 2017 9:00 PM

Hafiz Keliru, Saya Tak 'Madukan' Suami - Joy Revfa

Khamis, 12 Oktober 2017 5:22 PM

Punyalah Menangis, Pun Tak Lepas...

Khamis, 12 Oktober 2017 2:00 PM

Xpose Band 'Geng' Jurutera

Kolumnis

iklan

Iklan