Pemuda MIC Nafi Jadi Punca Kekecohan Di Hadapan Bangunan Perdana Putra

Diterbitkan: Khamis, 3 Mei 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Pergerakan Pemuda MIC pada Khamis menafikan anggotanya yang mencetuskan kekecohan sehingga menyebabkan anggota Parti Keadilan Rakyat (PKR) cedera di hadapan Bangunan Perdana Putra, Putrajaya pada Rabu.

Ketuanya T. Mohan berkata sebaliknya kejadian berpunca daripada tolak-menolak antara kedua-dua belah pihak di hadapan pintu masuk bangunan itu yang mengakibatkan anggota PKR bertindak menyerang anggota Pemuda MIC.

"Dalam keadaan inilah pengelutan menjadi serius," katanya pada sidang media di sini, Khamis.

Mengulas kronologi insiden, Mohan berkata kira-kira 200 anggota Pemuda MIC dan badan bukan kerajaan berada di situ bagi menyatakan sokongan terhadap keikhlasan dan keprihatinan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dalam menyelesaikan isu kaum India.

"Anggota PKR pula mahu menyerahkan memorandum kepada Perdana Menteri berhubung isu kad pengenalan adik B. Reshina, 17, dari Gombak yang tidak dapat menduduki Sijil Peperiksaan Malaysia (SPM) tahun ini kerana tidak mempunyai MyKad biru. "Kedua-dua belah pihak melaungkan slogan masing-masing namun PKR melaungkan slogan provokasi dan mengutuk pemimpin negara serta MIC. Bukan itu sahaja, mereka juga memaki dan mengutuk ahli-ahli Pemuda MIC dengan menggunakan kata-kata kesat," katanya menambah keadaan itu disusuli kejadian tolak-menolak yang berakhir dengan pergelutan.

Beliau turut menyangkal dakwaan Naib Presiden PKR N. Surendran bahawa anggota Pemuda MIC juga menyentuh Reshina yang berada di tempat kejadian.

Mengenai isu Reshina, beliau berkata PKR seharusnya membawa perkara tersebut kepada Jabatan Pendaftaran Negara bukan ke Jabatan Perdana Menteri.

Pada masa yang sama Mohan berjanji Pemuda MIC akan membantu menguruskan isu MyKad Reshina selain memastikan gadis itu menduduki SPM tahun ini.

Beliau turut menepis tuduhan Surendran bahawa lebih 300,000 kaum India di negara ini masih tidak mempunyai dokumen pengenalan diri.

"Saya mencabar Surendran agar tampil untuk mengemukakan bukti dan informasi berhubung mereka yang masih tidak mempunyai dokumen pengenalan diri di negara ini.

"Jika beliau membuktikannya, saya akan meletakkan jawatan saya sebagai Ketua Pemuda MIC dengan serta-merta," kata Mohan. -BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 24 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Harry - Abang Lori Tenonenonet

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan