Pelajar Universiti Perlu Tandatangani Kontrak 'Buat' Dan 'Jangan' Bermula Semester Baru

Diterbitkan: Khamis, 3 Mei 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PUTRAJAYA: Apabila semester baru bermula pada bulan September, semua pelajar universiti awam perlu menandatangani kontrak yang mengandungi apa yang 'patut' dibuat dan 'larangan' di kampus.

"Kontrak itu akan disediakan oleh individu di universiti-universiti tetapi kementerian akan memastikan keseragaman secara umum," kata Menteri Pengajian Tinggi Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin, Rabu.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menyampaikan taklimat di kementerian mengenai pindaan Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU) dan pembelajaran sepanjang hayat.

Beliau berkata setiap universiti awam juga akan menubuhkan jawatankuasa aduan pelajar untuk mendengar dan bertindak terhadap aduan.

"Ini adalah kali pertama saluran seperti ini dibuka. Jawatankuasa itu akan dipengerusikan oleh naib canselor universiti yang akan mengadakan pertemuan apabila terdapat aduan oleh pelajar," katanya.

Mengenai penglibatan pelajar di perhimpunan Bersih baru-baru ini, Mohamed Khaled berkata:

"Terpulang kepada pihak berkuasa untuk mengambil tindakan terhadap pelajar jika mereka ditangkap kerana merusuh atau mengambil bahagian dalam perhimpunan haram. Mereka juga seperti individu lain."

Beliau menambah universiti boleh memutuskan jika tindakan perlu diambil terhadap pelajar mereka dengan melihat sama ada imej mereka (universiti) telah tercemar.

Semasa sesi taklimat, seorang pegawai kementerian berkata kontrak itu akan membantu universiti memantau aktiviti pelajar di kampus.

"Pelajar tidak perlu takut dengan kontrak ini kerana ia adalah satu mekanisme untuk memantau aktiviti-aktiviti pelajar di universiti.

"Pelanggaran kontrak boleh berlaku dalam dua keadaan. Jadi, kepentingan kedua-dua pihak akan dilindungi," katanya.

Dalam reaksinya, Naib Canselor Universiti Teknologi Malaysia (UTM) Prof Datuk Dr Zaini Ujang berkata penasihat undang-undang UTM sedang merangka kontraknya.

"Ia perlu dimuktamadkan sebaik sahaja Akta tersebut diwartakan," katanya, sambil menambah semua naib canselor telah diberi taklimat mengenai pindaan AUKU.

Sedikit masa dulu, berlaku pertempuran antara bahagian hal ehwal pelajar universiti dan pelajar yang enggan patuh kepada peraturan-peraturan kampus yang ketinggalan zaman.

Pindaan membenarkan para pelajar mengambil bahagian dalam aktiviti politik, yang diluluskan oleh Dewan Rakyat pada bulan lepas dan menjadi salah satu ikrar pembaharuan yang dibuat oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan