Pas Pelajar Rakyat Asing Dikeluarkan Selepas Dapat Ditempat Di IPT

Diterbitkan: Khamis, 3 Mei 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Kerajaan hanya akan mengeluarkan pas pelajar kepada rakyat asing selepas mereka sah ditawarkan tempat untuk mengikuti pengajian di institusi pengajian tinggi awam dan swasta di negara ini.

Timbalan Menteri Pengajian Tinggi Datuk Dr Hou Kok Chung berkata prosedur yang digunapakai sekarang ialah golongan ini biasanya akan masuk ke Malaysia menggunakan visa semasa ketibaan ataupun visa pelawat sebelum diberi pas pelajar setelah mendapat pengesahan daripada IPT tempatan.

"Peraturan baru ini adalah bagi memastikan penuntut asing tidak menyalahguna pas pelajar mereka untuk tujuan lain," katanya ketika menggulung titah ucapan Yang di-Pertuan Agong Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah di Dewan Negara di sini.

Hou berkata setakat ini terdapat 91,670 penuntut asing di IPT tempatan. Seramai 25,885 orang adalah penuntut di IPTA dan selebihnya penuntut IPTS.

Beliau berkata kemasukan penuntut asing ke negara ini juga selaras dengan usaha kerajaan untuk mengantarabangsakan IPT tempatan. Sementara itu, Timbalan Menteri Kewangan Datuk Dr Awang Adek Hussin ketika menggulung perbahasan itu, berkata kementerian berkenaan akan mengeluarkan arahan kepada syarikat berkaitan kerajaan (GLC) supaya mengutamakan pengiklanan dalam bahasa Melayu.

Beliau berkata langkah itu adalah penting dan sejajar dengan dasar kerajaan menggalak penggunaan bahasa kebangsaan di semua sektor di negara ini.

Awang Adek berkata dasar itu tidak boleh dihentikan sekalipun pelanggan GLC berkenaan lebih selesa dengan iklan dalam bahasa Inggeris.

"Kita tidak boleh berselindung di belakang kepentingan komersial hanya kerana pelanggan lebih senang dengan bahasa Inggeris kerana ia jelas melanggar dasar bahasa kebangsaan kita. "Saya beri jaminan untuk mengeluarkan arahan ini kepada pegawai-pegawai kementerian...dasar bahasa ini mesti dihormati," katanya.

Sementara itu ketika menggulung perbahasan Kementerian Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan, Timbalan Menteri berkenaan Datuk Joseph Salang berkata pihak kementerian sentiasa memantau dan berhati-hati dalam memilih kandungan program yang disiarkan di televisyen.

"Setiap rancangan terlebih dahulu akan dinilai dan ditapis isi kandungannya berdasarkan garis panduan dan peraturan yang telah ditetapkan," katanya.

Bagaimanapun, katanya kerajaan tidak menetapkan dasar khusus terhadap penyiaran berita, namun berita-berita positif sentiasa menjadi keutamaan untuk disiarkan pada segmen berita nasional.

Bagi menaman semangat perpaduan di kalangan masyarakat majmuk negara ini, beliau berkata kerajaan juga sentiasa menggalak supaya lebih ramai penerbit filem tempatan dapat menghasilkan filem dan rancangan yang berindentiti 1Malaysia.

Persidangan Dewan disambung esok. -BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan