NGO Desak Peguam Negara, Polis Segera Dakwa Pengajur Bersih 3.0

Diterbitkan: Khamis, 3 Mei 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Lebih 200 pertubuhan bukan kerajaan (NGO)pada Khamis mendesak Peguam Negara serta Polis Diraja Malaysia menyegerakan proses pendakwaan terhadap penganjur dan peserta perhimpunan yang disokong pembangkang Sabtu lepas kerana mencetuskan kekacauan sehingga mendatangkan kecederaan serta kerosakan terhadap kemudahan awam.

Anggota Jawatankuasa Majlis Perundingan Melayu (MPM) Datuk Seri Dr Mohd Hilmi Ismail berkata pihak penganjur serta peserta perhimpunan harus didakwa kerana mereka telah mengganggu ketenteraman awam, melanggar perintah mahkamah yang melarang orang ramai memasuki kawasan Dataran Merdeka, merusuh serta melanggar peruntukan mengikut Akta Perhimpunan Aman 2011.

"Terdapat bukti jelas wujudnya peserta menyerang polis dan membaling objek terhadap kereta polis dengan niat untuk merosakkan kenderaan berkenaan malah peserta turut memukul seorang anggota trafik yang terjatuh daripada motosikalnya.

"Peserta yang bertindak ganas ini telah memakai topeng agar pihak berkuasa tidak dapat mengesan mereka, maka ia membuktikan bahawa memang wujud rancangan untuk melakukan keganasan sejak awal lagi," katanya pada sidang akhbar di Kelab Sultan Sulaiman, Kampung Baru di sini, Khamis.

Beliau tidak bersetuju dengan cadangan Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berhubung penubuhan sebuah panel bebas untuk menyiasat insiden keganasan yang tercetus semasa perhimpunan itu.

"Gambar dan video yang dirakamkan sepanjang insiden itu sudah cukup untuk mendakwa penganjur perhimpunan tersebut. Justeru, kerajaan perlu bertindak tegas dan mempercepatkan proses pendakawaan tersebut," kata Mohd Hilmi.

Bekas timbalan ketua polis negara Tan Sri Shamsuri Arshad, yang turut hadir pada sidang akhbar itu, berkata kerajaan mesti tegas dalam menguatkuasakan undang-undang negara dan tidak seharusnya tunduk dengan tuntutan badan bukan kerajaan seumpamanya kerana ia akan membuka pintu kepada pihak lain melakukan keganasan pada masa depan.

"Penganjur perhimpunan itu menggunakan kaedah 'crowd psychology' (psikologi khalayak) untuk meraih sokongan dan jumlah peserta yang hadir tidak mencerminkan pendapat sebenar keseluruhan majoriti rakyat Malaysia yang mahukan keamanan," katanya.

Semalam, Hishammuddin mengumumkan bahawa Kabinet telah mengarahkan polis dan Peguam Negara menyegerakan proses siasatan dan pendakwaan terhadap mereka yang merancang dan mencetuskan huru-hara di ibu negara Sabtu lepas.

Katanya Kabinet yakin majoriti rakyat yang menghargai keamanan akan berdiri teguh bersama kerajaan dalam menangani insiden itu. -BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 26 September 2017 2:30 PM

“Tiada Yang Melampau Pun” – Dayana Roza

Selasa, 26 September 2017 10:30 AM

Bakat Namron Ditidakkan?

Selasa, 26 September 2017 7:16 AM

Inilah Fesyen Artis Sempena FFM29

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Kolumnis

iklan

Iklan