Musa Akan Bantu Umno Jawab Segala Tuduhan Abangnya

Diterbitkan: Khamis, 3 Mei 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KEPALA BATAS: Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan Umno Pulau Pinang Datuk Musa Sheikh Fadzir akan membantu parti itu untuk menjawab segala tuduhan yang dilemparkan abangnya Tan Sri Abdul Kadir terhadap Umno.

Musa berkata beliau akan pergi ke mana sahaja tempat abangnya menyampaikan ceramah dan akan menjawab segala tomahannya menerusi ceramah anjuran Umno agar penduduk di kawasan berkenaan tidak terpengaruh dengan tuduhan bekas Menteri Penerangan itu.

"Dalam keluarga, saya hormat dia sebagai abang tetapi dalam parti saya akan menentangnya habis-habisan kerana dia telah belot kepada parti. "Apa sahaja tomahan atau tuduhan yang dibuat terhadap Umno, saya akan pertahankan kerana saya orang parti, apa tuduhan dan di mana dia buat tuduhan... saya akan jawab," katanya kepada pemberita selepas menyertai bekas Perdana Menteri Tun Abdullah Ahmad Badawi menerima bendera Umno sempena larian sempena sambutan ulang tahun ke-66 parti itu di sini, Khamis.

Abdul Kadir, yang mengumumkan keluar Umno pada 19 Mac lepas, sebelum ini dikritik banyak pihak kerana enggan menyatakan pendiriannya sama ada menyokong Barisan Nasional (BN) atau pembangkang berikutan kenyataannya pada Januari lepas yang mendakwa BN memberi antara RM200 dan RM1,000 bagi membeli undi untuk memenangi pilihan raya umum Mac 2008. Musa, yang juga Ketua Bahagian Bukit Mertajam, berkata beliau tidak lemah semangat dengan keputusan Abdul Kadir keluar Umno malah lebih berkobar-kobar berjuang bersama Umno.

"Cuma kami sekeluarga kecewa dengan beliau (Abdul Kadir) kerana selepas 50 tahun lebih bersama Umno mengapa baru sekarang dia meninggalkan parti. Saya tahu beliau berkecil hati dengan dua atau tiga orang dalam Umno tetapi mengapa mesti mengorbankan perjuangan beliau selama ini, ini perkara sia-sia," katanya.

Musa turut merayu abangnya agar kembali kepada Umno dan aktif semula seperti sebelum ini. -BERNAMA

iklan

Video

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Kolumnis

iklan

Iklan