Makkal Sakti Tidak Akan Bertanding Dalam PRU13

Diterbitkan: Khamis, 3 Mei 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PUTRAJAYA: Presiden Parti Makkal Sakti Datuk R.S Thanenthiran berkata partinya tidak akan bertanding dalam Pilihan Raya Umum (PRU) ke-13 nanti, sebaliknya akan menggerakkan jentera parti itu membantu menentukan kemenangan Barisan Nasional(BN).

"Kami tidak mahu membuat tekanan atau mendesak Perdana Menteri mendapatkan kerusi untuk bertanding dalam PRU nanti. Kami faham semua 222 kerusi parlimen telah siap diagihkan kepada parti komponen BN.

"Kita tidak mahu memberi tekanan kepada Perdana Menteri," katanya kepada pemberita selepas membuat kunjungan hormat ke atas Datuk Seri Najib Tun Razak bersama 12 anggota majlis tertinggi parti itu di pejabatnya, di sini, Khamis.

Thanenthiran bagaimanapun berkata, parti yang ditubuhkan tiga tahun lalu itu tidak akan menolak sebarang tawaran sekiranya Najib yang juga Pengerusi B Nmemberi peluang atau mahukan calon parti itu bertanding.

Mengenai pertemuan hari ini, beliau berkata topik mengenai PRU tidak langsung disentuh dalam perbincangan mereka hampir setengah jam yang bermula pukul 11 pagi.

Beliau berkata kunjungan tersebut sebagai tanda sokongan dan terima kasih terhadap kepimpinan Najib yang menunjukkan perihatin dan kegigihannya dalam menyelesaikan pelbagai masalah dihadapi masyarakat India sejak menerajui negara ini tiga tahun lalu.

"Beliau (Najib) berjanji kepentingan masyarakat India khususnya isu sekolah Tamil, kuil dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) akan terus diberi perhatian supaya tidak terpinggir dalam arus pembangunan negara," katanya.

Perdana Menteri hanya mahukan sokongan padu masyarakat India bagi menjayakan segala agenda pembangunan yang sedang giat dilaksanakan di bawah program transformasi negera.

Menyentuh Bersih 3.0 yang berakhir dengan rusuhan, Thanenthiran berkata ia tidak mendapat sokongan masyarakat India terutamanya golongan belia seperti mana perhimpunan haram sebelum ini.

"Masyarakat India sedar BN sudah mula mengorak langkah, menjalankan pelbagai program dan inisiatif untuk kepentingan mereka. Kepimpinan Najib ternyata menjadi tarikan generasi muda India," katanya. -BERNAMAGK HBS1 03/05/2012 16-18ST

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan