Ketua Pembangkang P.Pinang Bakal Bersara

Diterbitkan: Khamis, 3 Mei 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

GEORGE TOWN: Ketua Pembangkang Datuk Azhar Ibrahim (BN-Penaga) menjelaskan bahawa tempoh untuk beliau berkhidmat sebagai wakil rakyat sudah sampai ke penghujung dan sudah tiba masa tempatnya diganti oleh pelapis muda yang layak berbakti untuk rakyat.

Katanya sepanjang tempoh lima penggal, beliau berperanan sebagai wakil rakyat dengan pelbagai tanggungjawab dilaksanakan daripada hanya sebagai Anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) sehinggalah memegang jawatan exco dan akhirnya sebagai ketua pembangkang.

"Menjadi wakil rakyat sudah 22 tahun, masuk ke dalam dewan ini saja sudah 44 kali, bermula dari duduk di kerusi hujung...merata pindah ke depan tu (kerusi barisan exco) last sekali duk tang ni (akhir sekali duduk di sini, kerusi ketua pembangkang).

"Saya sudah lalui pilihan raya umum lima kali, apa lagi yang saya hendak...bukan soal takut kalah pada pilihan raya umum ke-13 nanti tapi sudah masanya beri (peluang) pada pelapis muda yang mahu gantikan saya. Saya sudah 66 tahun, saya perlukan rehat dan masa untuk cucu-cucu saya," katanya.

Beliau berkata demikian ketika diminta memberi penjelasan oleh R.S.N Rayer (DAP-Seri Delima) mengenai pengunduran dirinya daripada bertanding pada pilihan raya umum ke-13 nanti ketika membahaskan ucapan terima kasih Yang Dipertua Negeri Tun Abdul Rahman Abbas pada persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) di sini, Khamis.

Azhar yang juga Setiausaha Badan Perhubungan Umno Pulau Pinang pernah memegang jawatan sebagai Pengerusi Jawatankuasa Pertanian dan Industri Asas Tani, Pembangunan Luar Bandar dan Tebatan Banjir daripada 2004 hingga 2008.

Beliau yang pernah digantung selama enam bulan daripada menghadiri persidangan DUN pada penghujung 2010 juga merupakan pengerusi Lembaga Kemajuan Wilayah Pulau Pinang (Perda), pernah dilantik menjadi Yang Dipertua Majlis Perbandaran Seberang Perai (1995 hingga 1997).

Selain itu, Rayer juga mencabar Azhar supaya turun padang pada pilihan raya umum nanti sekiranya benar beliau tidak takut bahawa Barisan Nasional (BN) tidak akan kalah.

Bagaimanapun, Azhar berkata bukan soal kalah atau menang tetapi ia melibatkan tempoh masa perkhidmatan dan memberi peluang kepada pelapis muda yang berminat menyertai politik untuk berkhidmat kepada rakyat.

"22 tahun...sudah cukup, bukan kata BN tidak boleh menang, tetapi begitulah lumrahnya menjadi wakil rakyat, saya pencen sendiri dan bukan dipencenkan oleh parti. Saya ucapkan semoga berjaya dan teruslah berusaha...best of luck (selamat berjaya) kepada semua," katanya mengakhiri ucapan perbahasan. - BERNAMA

iklan

Video

Isnin, 21 Ogos 2017 12:59 PM

Hafiz Tak Mengaku Saya Isteri - Joy Revfa

Isnin, 21 Ogos 2017 9:00 AM

#BiziBody: Syafiq Kyle Pentingkan Penampilan

Jumaat, 18 Ogos 2017 12:33 PM

Temui Cincin Pada Lobak Selepas 13 Tahun Hilang

Jumaat, 18 Ogos 2017 12:00 PM

Jantina Belum Tahu Lagi! - Ezzaty Abdullah

Jumaat, 18 Ogos 2017 8:00 AM

#akuStar: Slash - Melodi Kasih

Khamis, 17 Ogos 2017 3:02 PM

Seksi? Urusan Saya Dengan Tuhan - Zizi Kirana

Khamis, 17 Ogos 2017 12:30 PM

Erma Reda, Jatuh Talak Satu

Khamis, 17 Ogos 2017 9:00 AM

Wak Doyok Kini Bintang Filem

Rabu, 16 Ogos 2017 3:59 PM

Bahaya Tu Abang Oii...

Kolumnis

iklan

Iklan