Kerja Bangunkan Semula Stesen Bas Klang Bermula Hari Ini

Diterbitkan: Khamis, 3 Mei 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Mass Rapid Transit Corp Sdn Bhd, Khamis, memulakan kerja-kerja membangunkan semula Stesen Bas Klang kepada stesen bawah tanah MRT Pasar Seni bagi laluan MY Rapid Transit (MRT) Sungai Buloh-Kajang.

Pengarah untuk pihak berkepentingan/tanah MRT Corp Haris Fadzillah Hassan berkata projek pembangunan semula itu akan melibatkan kaedah dari atas ke bawah dan dijangka siap dalam tempoh enam bulan.

"Kami akan mengadakan taklimat teknikal dengan pemilik perniagaan di kawasan itu pada Isnin bagi meyakinkan mereka tidak akan berlaku perobohan, tiada pengambilalihan dan kami akan mengganti rugi sebarang kerosakan kepada perniagaan mereka," kata beliau kepada pemberita di sini.

Stesen yang akan dibina itu akan menjadi pusat integrasi utama dengan stesen LRT Pasar Seni, yang kini merupakan stesen LRT paling sibuk dari segi trafik penumpang.

Stesen Bas Klang adalah salah satu daripada tiga bangunan milik kerajaan, dengan yang lainnya, Plaza Warisan dan UDA Ocean, yang akan dibangunkan semula untuk pembinaan stesen bawah tanah MRT Pasar Seni.

MRT Corp bekerjasama dengan MMC-Gamuda KVMRT Sdn Bhd, syarikat usaha sama antara MMC Corp Bhd dan Gamuda Bhd, untuk menyelia kerja-kerja pembangunan semula yang dijalankan oleh Pembinaan CW Yap Sdn Bhd.

"Kami akan memastikan rakan kongsi penyampaian projek mematuhi tahap keselamatan tertinggi dan melaksanakan pelan pengurusan lalu lintas yang cekap untuk mengurangkan gangguan trafik kepada perniagaan semasa tempoh pembinaan," tambah Haris.

Beliau berkata semasa tempoh pembinaan, penutupan lorong di kawasan itu hanya akan dilakukan antara tengah malam dan pukul 5 pagi.

Dengan permulaan pembangunan semula ketiga-tiga bangunan itu, MRT Corp berharap satu penyelesaian yang diterima bersama dengan pemilik rumah kedai di Jalan Sultan, untuk memastikan kejayaan pelaksanaan projek MRT.

Untuk sebarang pertanyaan, orang ramai boleh menghubungi talian MRT di 1800 82 6868 atau layari www.kvmrt.com.my. - BERNAMA

iklan

Video

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Jumaat, 8 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Awi Rafael - Kau Di Hatiku

Kolumnis

iklan

Iklan