Kenyataan Anwar Bukti Kerelaannya Serah Kuasa Dominan Kepada DAP - PM - Berita Semasa | mStar

Kenyataan Anwar Bukti Kerelaannya Serah Kuasa Dominan Kepada DAP - PM

Diterbitkan: Khamis, 3 Mei 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PUTRAJAYA: Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata Datuk Seri Anwar Ibrahim sudah membuat pengakuan terbuka bahawa Ketua Pembangkang itu rela menyerahkan kuasa dominan kepada DAP.

Beliau menyifatkan kenyataan terbuka Anwar bahawa beliau sedia terima nasihat dan pandangan daripada penasihat DAP, Lim Kit Siang umpama 'sudah terang lagi bersuluh.'

"Nampaknya dia (Anwar) dah buat satu pengakuan terbuka yang mana itulah merupakan pandangan banyak pihak masa kini tentang peranannya...jadi maknanya dalam apa juga gabungan, mereka nampak kuasa dominan ialah DAP.

"Ini pengakuan dibuat secara terbuka tiada satu yang disyaki selama ini nampaknya orang kata sudah 'terang lagi bersuluh', nampaknya sudah satu kenyataan bahawa dia (Anwar) rela menyerahkan kuasa dominan kepada DAP," katanya pada sidang media di sini, Khamis

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas laporan akhbar hari ini yang menyatakan Anwar rela menjadi kuda tunganggan DAP jika tindakan itu membolehkan pakatan pembangkang menawan Putrajaya pada pilihan raya umum akan datang.

Anwar dipetik berkata demikian pada ceramah sempena konvensyen Pakatan Pembangkang Perak, kelmarin. -BERNAMA

   

iklan

Video

Selasa, 19 Jun 2018 1:13 PM

Takdir ibu & anak 'pergi' bersama

Selasa, 19 Jun 2018 8:30 AM

Cabaran anyam ketupat!

Isnin, 18 Jun 2018 8:00 AM

mStar teka lagu Raya - Challenge

Jumaat, 15 Jun 2018 6:00 AM

Raikan Syawal, bukan 'membawang'

Rabu, 13 Jun 2018 3:40 PM

Perihal suka iklankan maksiat di Instagram

Rabu, 13 Jun 2018 8:00 AM

Jangan sibuk main 'game' dalam bulan puasa

Selasa, 12 Jun 2018 4:06 PM

Cabaran RM15 di bazar Ramadan

Selasa, 12 Jun 2018 9:00 AM

Wartawan mStar pening pilih baju raya

Kolumnis

iklan

Iklan