Ibu Bapa Nayati Ucap Penghargaan Kepada Semua Yang Prihatin

Diterbitkan: Khamis, 3 Mei 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Ibu bapa Nayati Shamelin Moodliar, mengucapkan terima kasih kepada semua terhadap sokongan dan kasih sayang yang ditunjukkan dalam tempoh enam hari selepas budak lelaki berusia 12 tahun ini diculik.

Sham dan Janice menyatakan kegembiraan di atas kepulangan anak mereka dan berkata mereka berdepan situasi ini dengan baik walaupun mengalami trauma.

"Kami gembira untuk memberitahu anda bahawa Nayati telah pulang dan berada dengan kami, walaupun jelas menunjukkan dia berdepan trauma, dia kembali dalam keadaan yang baik.

"Kami tidak boleh membayangkan bagaimana kami berbangga dan cara dia berdepan dengan hari yang dilalui minggu lepas.

"Kami terharu dengan sokongan yang diterima daripada semua rakan-rakan kami di sini dan seluruh dunia.

"Kami tidak dapat mengungkapkan perkataan untuk merakamkan penghargaan tetapi kami tidak akan lupa apa yang mereka telah lakukan," kata Moodliars dalam satu kenyataan, Khamis.

Nayati, berdarah Belanda telah dijumpai di kawasan rekreasi di Rawang pada pukul 7.30 pagi, Khamis dan dipertemukan semula dengan ibu bapa dan adik perempuannya.

Moodliars berkata mereka akan terus tinggal di sini walaupun berlaku penculikan.

Mereka juga bersyukur dan terkejut dengan sokongan yang amat menggalakkan, termasuk dari luar negara, daripada orang yang mereka tidak pernah kenali dan sudi menawarkan masa, kemahiran dan wang, tanpa mengharapkan apa-apa balasan.

Mereka juga mengucapkan terima kasih kepada pihak polis di atas bantuan dan berkata satu keutamaan mereka dari awal adalah Nayati selamat pulang.

"Mereka berhati-hati untuk tidak melakukan apa-apa yang mungkin akan menjejaskan keselamatannya," kata mereka.

Keluarga ini juga menyampaikan penghargaan mereka kepada Kedutaan Belanda dan Duta Besar Paul Bekkers terhadap "sokongan praktikal dan moral" mereka.

Bekkers berkata mereka bersyukur dengan kepulangan Nayati.

iklan

Video

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Kolumnis

iklan

Iklan