Gempa Lemah Di Kepulauan Sulu, Gegaran Dirasai Di Sabah

Diterbitkan: Khamis, 3 Mei 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Gempa bumi lemah bermagnitud 4.1 pada skala Richter berlaku di Kepulauan Sulu pada 8.31 malam Rabu menyebabkan gegaran dirasai di Lahad Datu dan Semporna, Sabah.

Menurut kenyataan Jabatan Meteorologi Malaysia, pusat gempa itu terletak di 300km timur laut Tarakan, Indonesia dan 149km timur laut Semporna, Sabah.

Jabatan itu sedang memantau perkembangan tersebut, dan akan memaklumkan maklumat terkini. -BERNAMA

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan